Sunday, May 22, 2011

Your dad really really loves you....

Dear Belog...


Awat dengan tajuk kat atas tuh? Father's Day nak dekat ka? Dak aih, ini langsung tak de kaitan dengan Father's Day oke. *Lagipun tak semestinya masa Father's Day ja kita kena cerita pasal ayah, betui dak?* Apa yang aku nak kisahkan kat sini, aku rasa terpanggil untuk menaip satu kisah. Cerita tentang seorang lelaki yang bergelar ayah yang begitu bersungguh-sungguh nak membantu anaknya berjaya, tak jemu-jemu support dengan apa yang anak dia buat, sampai sanggup turun padang sekali *err, bukan padang bola ya*. MasyaAllah, hebat kan kasih sayang ayah? Sayangilah ayah juga....


Sebenarnya hari ni aku nak mintak jasa baik korang semua untuk vote Anwar Hadi kat DiGi WWWOW Awards. Make sure dah masuk web tuh korang jangan lupa register dulu. Dah register tu baru boleh vote. Malas nak register? Ala, register je guna facebook masing-masing. Tak susah kan? Bila dah register tu, untuk vote Anwar Hadi boleh la ke link-link seperti yang tertera di bawah ni:


1. http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411150657296
2. http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=280411084637181
3. http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411120815091
4. http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411161718897
5. http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411121550347


Dah setel hari ni jangan lupa vote esok pulak... Vote la hari-hari ye... *bersungguh aku tolong promot. dapat apa tak tau la. tak pa, tak nak apa-apa pun*. Opps, terlupa. Dalam konsep perniagaan nak buat promosi mesti la kena ada produknya kan? Baru la customer dapat menilai nak terima atau tak. Jadi, kat sini aku pun nak tunjuk produknya *macam barang pulak, sori no....* Jom kita tengok apa yang Anwar Hadi buat? Dah tengok, jangan lupa vote ye kawan-kawan ^___^










Meh pakat vote, tanda sokongan kita pada usaha ayah beliau yang bertungkus lumus mempromot anaknya sebab nak bayar balik pengorbanan anaknya dalam nak menyampaikan dakwah. Mana taknya, orang lain busy dengan assignments, quizzes and tests beliau sanggup berjam-jam buat skrip, buat video, edit video, upload video dan lain-lain. Tak masuk lagi kena maki hamun dari orang-orang yang x suka. Betulla apa yang mami cakap, yang Tuhan suka tu la manusia tak suka, tapi yang Tuhan tak suka tu la ramai yang suka. Nauzubillah, mintak-mintak aku tak tergolong dalam golongan tu T___T *ni la maksud sebenar dari intro di atas. hee*


P/s: Contohilah anak muda ni. Bukan senang nak tengok anak muda yang suka nak jadi lilin nih ^___-




Photobucket








Saturday, May 21, 2011

Aki....

Ku ada seekor kucing
Namanya Aki
Malam tadi, Aki dilanggar lori
Ibuku kata Aki takkan kembali
Kerana kucingku aki telahpun mati...

Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Kucingku Aki

Oh kenapa Aki
Kenapa kau lari
Kini kau tinggalkan aku seorang diri
Semua orang pun kata cari yang baru
Untuk melupakan sedih dan pilu

Ku kutip bangkainya
Di jalan raya
Badan kecil molek tak bermaya
Ku simpan bangkainya di dalam peti
Sebagai kenangan di dalam hati...

Tak kisah matanya dah hilang
Tak kisah dia tinggal tulang
Tak kisah otaknya berkecai
Ku nak dia
Ku nak dia kembali

Kucingku Aki...

Photobucket



Saturday, May 7, 2011

You're my angel in this world...

Dear Belog....


Saya nak tujukan ucapan ini khas untuk mami saya di biliknya kerana telah membesarkan saya, walaupun tak lah besaq sangat... tapi ribuan terima kasih. SELAMAT HARI IBU saya ucapkan kepada mami di Damansara *dush dush du du dush* ha, itu dia bunga api. terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya buat kerja sekolah, mendidik, mengasuh, memberi makan, me... me... mengikut jadual saya, tolong ajaq cara ikat kain batik, ajaq saya lipat kain,  baca quran, basuh baju *basuh baju?*, tolong kupas buah, beli buah, tolong letak lotion bile kulit kering, tolong kapuq kasut *eh, tu bukan mak aku, tu maid*, tolong tanam pokok banyak-banyak dan kami sedara mara buat tiang gol pokok tu, tolong teman pi beli baju bundle, tolong... haa.. tolong rekemen krim jerawat walaupun satu pun tak guna. Terima kasih jugak kepada mami kerana mengejut saya subuh, mami telah menggunakn hanger plastik. Masa tu saya kecik, mami kejut *kuk kuk [bunyi hanger] bangun subuh.. bangun bangun.. bangun bangun bangun* ha, macam warden la pulak. Sampailah bila saya besaq sikit hanger tu dah patah dan sejak hari itu mami sudah pandai untuk membeli hanger besi kerana hanger besi tak patah. Terima kasih mami sebab menjadi emm... teman setia saya. Dulu masa kecik-kecik bila tengok cerita cinta kan, mami akan tanya *nanti besaq nak kawen dengan sapa?* saya akan jawab *nak kawen dengan mami* ahaaaa... aa, masa tu memang tak matang. Have you ever wondered, kenapa lagu untuk mak semua lagu-lagu sedih untuk mak. Sedangkan mak kita masa kita baru lahir dia dodoi kita dengan lagu-lagu yang riang. Anyway, the point is kita patut nyanyi lagu-lagu yang lebih seronok untuk gembirakan hati ibu kita bukan nyanyi lagu2 yg sedih....


She used to be my only enemy and never let to me be free,
Catching me in places that i knew i shouldn't be,
Every other day i crossed the line i didn't mean to be so bad,
I never thought that you become the friend i never had.


P/s: You know me well enough. kan mami? :)


Photobucket







Tuesday, May 3, 2011

Celita-celiti~

Dear Belog....


Pada suatu waktu ada sepasang suami isteri tinggal berdekatan dengan hutan. Si suami yang bernama Abu kerjanya mencari kayu di hutan. Setiap hari dia mencari kayu untuk dijual.

Pada suatu hari dia pergi lah mencari kayu berdekatan dengan kolam. Tiba-tiba, kapak yang digunakan terjatuh ke dalam kolam. Abu pun jadi tak tentu arah. Risau, cemas, cuak semuanya ada. Risau dimarahi isterinya, Aminah kerana tidak dapat hasil jualan kayu kerana kerjanya tergendala.

Sedang Abu termenung sambil menangis memikirkan apa lah nasibnya nanti, muncullah seorang pari-pari dari dalam kolam itu dan bertanya si suami.

Pari2: kenapa kamu menangis wahai manusia?
Abu: kapak saya terjatuh dalam kolam. takde kapak tu tak dapat la saya nak cari rezeki.

Pari-pari pun masuk dalam kolam sambil membawa kapak emas

Pari2: inikah kapak kamu?
Abu: bukan. kapak saya bukan emas. kapak saya dari besi je dan buruk.

Pari-pari pun masuk lagi ke dalam kolam dan membawa kapak perak

Pari2: inikah kapak kamu?
Abu: bukan. kapak saya bukan kapak perak. kapak saya buruk dr besi je.

Pari-pari pun masuk ke dalam kolam dan membawa kapak besi yang agak lama.

Pari2: inikah kapak kamu?
Abu: iya, ini kapak saya. terima kasih wahai pari2.
Pari2: oleh sebab kamu adalah seorang yang jujur maka saya hadiahkan sekali kapak emas dan perak.

Abu pun terus pulang ke rumah dan dengan terujanya dia pun menceritakan peristiwa tadi kepada Aminah

Abu: Ayang, nak tau tak? tadi abang ada jumpa pari2. dia bagi abg kapak emas dan perak ni.
Aminah: abang jangan nak mainkan saya. mana ada pari2 dalam dunia ni. mengarut je. baik abang cakap, mana abang curi kapak emas dan perak ni?
Abu: sumpah abang tak tipu. kalau ayang tak percaya, baik ayang ikut abang.

Abu pun bawa Aminah ke kolam tadi. Tiba-tiba Aminah pun terjatuh dalam kolam. Menangislah la Abu melihat isterinya terjatuh ke dalam kolam. Kemudian, muncullah pari-pari tadi dan bertanya

Pari2: kenapa kamu menangis wahai manusia?
Abu: isteri saya terjatuh di dalam kolam ini. bolehkah pari2 bawakkan isteri saya keluar?

Pari2 pun masuk ke dalam kolam dan membawa Hana Tajima keluar



Pari2: inikah isteri kamu?
Abu: (dalam hati menidakkan) iya *sambil menangis kegembiraan*

Maka, tinggallah Aminah di dalam kolam selamanya dan Abu pun hidup bersama Hana Tajima. Habis dah cerita. Hahahahaha.


P/s: Dalam jujur-jujur bila dah nampak perempuan cantik hilang entah ke mana jujurnya :P



Photobucket



Monday, May 2, 2011

Rindu nak ber-macaroon

Dear Belog....


I WANT MACAROOOOON!!!!!!!!!


Cara kau nak macaroon tu macam kau tak pernah makan je kan? Ye, memang aku pernah makan tapi tetiba aku rindu sangat macaroon. Sedap tau. Dengan comelnya, colourful nya. Ouhh *meleleh dah air liur* Haip. lap air liur mu itu Apjan.... Rindu punya pasal, aku pun pergi la jumpa Pak Cik Google dan terus tanya pasal MACAROON dan beliau menghidangkan gambar-gambar macam kat bawah nih....



Macaroons


Macaroons' Flavours

Macaroon.... Most famous in France but now it's available in Malaysia... *Owh Emm Jayyyyy... So Lovey Dovey*



Tak tau mana boleh dapat macaroon ni? Kat bawah ni ada beberapa info ^___^


1. PAVILION, KL
Yes, Pavi. Pergilaa cari kat GODIVA. Seketul RM7.50 - RM14. 
Note ; SEKETUL!
Well Godiva kott, haruslaa mahal kan? Choc Godiva pun dah berape!
Mahal. 
kat Pavi ade satu cafe, named STELLE CAFE.
Haa, kat situ pun ade. Diorang cakap sedap.
RM2.50 seketul :)
(mini macaroons kot)
2. JLN TUN RAZAK, KLHaa yang ni famous jugak. Name die BABYCAKES in City Club Hotel. 
ramai cakap sedap! 
Kat sini, you will find macaroons for RM2.20 each :)
3. KLCC
For specific, in HARRODS. 
(FYI, Laduree's and Paul's had the best macaroons in the world!)
RM15 for 6 pieces!
But this one bukan mini macaroons ye :)
4. THE CURVE
They said you'll find macaroons dekat kedai cupcakes dalam The Curve,
which I have no idea kedai cupcakes mane satu.
cepatlaa ingat kat mane ade kedai cupcakes!
5. EMPIRE SHOPPING GALLERY
Haaa yang ini CONFIRM ade! Sebab aku pergi semalam! Hehe.
Dekat WHISK, a bar cafe and bakery shop.
Kedai die kecik je, comel.
RM2 for each and buy 10 pieces for RM18!
So RM1.80 each lah, the cheapest as I knew.
It was mini macaroons and try lemon flavour! Sedapp!

6. ONE UTAMA
Dekat ground floor, depan Daiso. Again, kedai die kecik je.
The price, RM3 each :)
7. ONLINE BAKERIES
Haa ini pun BANYAK actually. Just tengok harga laa. Majority MAHAL.
RM150 for 20 and RM280 for 40. 
Free delivery if not mistaken.

Source: Credit to SweetFairyTaleStory :)


Muka craving T__T


Okay, kalau dah camni tahap cravingmu, Apjan ni bukan takat harus je. Malah wajib macaroon dicari.... Huhuhu



Photobucket




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails