Obsess
to dominate or preoccupy the thoughts, feelings or desires (of a person); beset, trouble, or haunt persistently or abnormally.
[Kamuih Dewan Bahasa & Pustakaq]
Pendek kata maksud dia ialah nak sangat-sangat pada satu benda atau perkara di tahap yang sangat luarbiasa. Kiranya boleh kata obsesi terok atau gila la. Kenapa aku nak cerita pasal obesi... opps... obsesi terok ni? Kalau nak tau, sekarang aku memang tengah menghadapi simptom itu.
Nak tau setakat mana aku punya obses? Siang malam asyik terbayang, Lepas tu, asal online je aku mesti bukak facebook sebab nak tengok dia. Lepas tu dah makin melarat aku pun save la gambar dia ke dalam phone aku. Tak cukup dengan tu, aku buat gambar dia jadi wallpaper handphone dan juga DP BBM ku. Sah, memang aku dah gila bayang ni.
Apa ubatnya yeh? Nampaknya aku kena dapatkan jugak dia walau macamana pun. Kalau tak memang makin parah la aku punya obses ni. Tak dapat kan gigit jari. Apa? Korang nak tau dia yang aku obses sangat tu? Ala, malu la pulak. Tapi takpe. Demi korang aku tebalkan muka aku tahan malu untuk publish gambar dia.
Jeng jeng jeng......
Dan ini lah dia gambar si kesayangan yang belum jadi hak milik aku lagi ni,
Baju dress polka dot itam puteh berskirt kembang oh memang comel xDD |
Comel kan dia? Nampaknya aku kena bertindak pantas. Aku harus terus order kat Hijab School as soon as possible. Zasssss!!!!!!