Friday, December 17, 2010

Perkampungan Apjan....

Dear Belog...


Kitorang [apjan & classmates] ingat test Financial Accounting [FA] hari ni.


Dan juga fikir yang assignment FA pun kena hantar hari ni masa kelas.


Malam semalam, kami berkampung la di bilik saya.


Siapkan assignment dan terus buat exercise berkali-kali.


Tapi hasilnya, tetap tak balance.


Sampai 1 tahap, fed up dan penat buat semua.


Pagi tadi, saya terlajak. Bangun pukul 9.29a.m.


Cuak giler sebab risau terlepas test.


Dalam keadaan cuak tu, sempat lagi ambil henpon dan terbaca la sms yang berbunyi:


"Kelas akaun takde...."


Errr..... Sekian. Bai
Photobucket



Photobucket

Let's pretend we're bunny rabbits.....

 Dear Belog...



Tadi ziarah Mak Cik Youtube...



Tanya khabar pada StyleCovered dan Hana Tajima [pemilik StyleCovered] kenalkan saya dengan lagu Let's Pretend We're Bunny Rabbits - The Magnetic Fields.



Oh, saya jatuh chenta. Lagu tu sungguh OldSkool.



Dah ala-ala The Beatles pulak.



Classic memang best. Tapi saya suka akustik [tak de kaitan kau cerita pasal gitar di sini, apJan].



Tu je. Bai
Photobucket




Photobucket

Tuesday, December 14, 2010

Tensen yg direlease...

 Dear Belog..



Pergi The Mines... Semata-mata nak tengok Narnia.



Movie pukul 3.20.



Kelas petang sepatutnya ada pukul 2.30 sampai 3.30.



Dan, iye daku tuang.



Alasannya, "Kelas hafazan je pun. Ustaz mesti tak amek attendance. Kan bole tasmiq bile2 kat bilik ustaz."



Dengan senang hatinya layan Narnia sampai tertido-tido dalam panggung.



Terbangun bile part best aje.



Habis movie, tengok henset ade mesej "Ustaz amek attendance ari ni...."



Oh, daku redha. Sendiri buat, sendiri tanggung la....



Kau orang, kau orang don't do this ye. Tak baik untuk kesihatan. 



Oke. Bai.



Photobucket



Photobucket

Sunday, December 12, 2010

Tunjukkan Aku...

Muzik dari jiwa...
Lagu dari hati...
Cerita sepurnama...
Canda dan menangis...

Belum ku selami...
Caturan terjadi...
Lelah dipukul badai...
Apa mungkin terlerai?

Soalan tersendu...
Balas hampa bisu...
Tuhan, tunjuk sesuatu...
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan sku....

Apa bisa ku cinta kamu seperti mana...
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu...

Mood: Layan blues sebab esaimen ilang sebelum sempat daku save dan wajib bagiku untuk re-type esaimen itu sambil menghadapinya dengan senyuman. Bai

Photobucket



Photobucket

Thursday, December 9, 2010

Ikan Bakaq oo Ikan Bakaq....


Dengan rasa rendah hati, ingin menjemput rakan-rakan blogger ke gerai ikan bakar Micha's Corner @ Showru. Bertempat di Kelana Jaya (Belakang Stadium Kelana Jaya, bersebelahan MAS Training Centre). Dibuka untuk makan tengahari dan malam pada Isnin-Jumaat, dan makan malam sahaja pada Sabtu dan Ahad. Jom!!

Landmark : Dataran Glomac, Stadium K.Jaya, MAS Training Centre

Nota kaki: Ini kedai kawan saya. Jom la serbu kedai encik Danial Al-Rashid ni [boleh juga klik SINI untuk kenal orangnye, hoho]. Bukan senang nak tengok orang muda yang berwawasan. Jadi, perlulah kita sokong saudara seagama, semoyang kite ni ye. Serbu jangan tak serbu. Heheh

Photobucket



Photobucket

Sunday, December 5, 2010

Hi Ilsya Hijab...

 Dear Belog...

Hari: Jumaat
Masa: 12.15pm
Tempat: Masjid Al-Azhar, KUIS

Tiba2 habis je usrah [dah dikira subjek wajib KUIS. tak lulus, tak boleh grad] Cik Taylor Swift memekik-mekik sebut Speak Now. Tengok skrin handphone, tiada nama. Angkat je la. Suara lelaki. Siapa pulak la ni. Rupa-rupanya posmen talipon suruh bukak pagar.

Ha, apa maknanya bila posmen datang rumah? Itu bermakna, tudung ILSYA HIJAB [juga klik SINI ye] dah selamat sampai kat rumah saya. Wahhhh, excited sungguh daku. Tak sabar rasa nak balik rumah. Sebelum tu, nak cerita. Masa tudung dah sampai tiba-tiba mami call dan kate "Tudung dah sampai. Mampi bukak dulu ye..." Nampaknya mami pun excited nak tengok. Hehehe.

Esoknya, keluar tengok movie dengan Kak Kina [oh, Rapunzel sangat cool dan chumel] daku pun try pakai Ilsya Hijab dan hasilnya macam kat bawah ni. Errr, oke ke tak? Riso tak sesuai sebab sedar yang muka ku boolat... T__T [tapi tudung tu sangat-sangat selesa...]

oh, sangat kelakar ok -,-
Ini DSLR pinjam. Sekian
P/s: Doakan pipi daku makin susut serta daku dapat memiliki DSLR sendiri... Mekaseh semua [pada yg sudi doakan..ngee]

Photobucket



Photobucket

Saturday, December 4, 2010

I redha I redah...

 Dear Belog...

Redha... Redha... Redha...
Laptopku dah jadi baru [intinya kosong...]
Semuanya jasa MALWARE...
Dan terima kasih sebab menjadikan hardisk ku kosong juga...
Memang jasamu dikenang sampai bila-bila la....

Sedikit kata dari tukang format laptopku...

"Hardisk ko dapat diselamatkan,
tapi sume dah tade la..."

Owh, sengal betol ayatnya. Tapi papepun hasilnya best la. Yang hilang semua tu... Takpe, I redha I redah..

Mood: Sasau nak cari isi untuk laptop dan hardisk. Sekian.

Photobucket



Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails