Thursday, November 14, 2013

Mami is so comel





Bukak je fb kat phone ni saje saje scroll kat close friends. Tetiba ternampak gambar Dr Asyraf Wajdi dukung baby dan di caption katanya mintak pendapat nama baby pangkalnya huruf A.


Aku pun saje saje nak scroll komen sekali mataku ternampak mami komen guna fesbuk abah macam kat dalam gambar tu.


Pehh patut la tersedak-sedak aku tadi.  Hihihi.  Mami ni comel betul la :')


Oh ye. Congrats Dr Asyraf Wajdi for having a new born baby.

Photobucket

Wednesday, November 13, 2013

Hidup ini...




Kalau hidup ni macam muzik, maknanya orang sekeliling kita ni alat muziklah. Rosak satu alat muzik tu, maka pincanglah semua lagu.


Jadi apa yang perlu kita buat adalah betulkan balik semua kerosakan. Tampal semua lubang-lubang yang menyusahkan tu, ikat balik semua tali-tali yang putus.


Cari balik harapan. Yang semalam tu kita tinggalkan, lupakan. Terus berjalan untuk hari ini, sebab hari ini takkan sama dengan semalam dan doakanlah hari ini adalah hari yang lebih baik. InsyaAllah ;)


Ignorance kills the shits. Bliss kills the haters. That's why ignorance is a bliss.


Don't worry and be happy because you're not alone. Innallaha ma'ana. A l w a y s.


Photobucket

Thursday, November 7, 2013

Highland Tower

Peristiwa tadi berlaku di GSC One Utama 


Cadangan Afiq Hafizuddin nak tengok cerita Highland Tower. Oleh sebab aku dan Teha lambat sikit siap habis solat, Afiq and Fami pegi la beli tiket dulu.


 Keluar je kami dari surau terus Afiq suruh pegi naik GSC. Ok. Aku dan Teha memang betul betul cuba beranikan diri sebab kami ni memang jenis berani berani kucing je nak tengok movie hantu.


 Masuk je hall terus ke tempat duduk. Peh. Agak depan jugak la. Pastu toleh je kanan aku, kosong. Kosong. Aku mula lemah. Takpe. Tahan je ni tapi tangan dah get ready ngan bag nak buat tutup muka.


 Habis je iklan tetiba screen gelap. Gulp. Aku terus amik bag tutup muka takut takut tetiba muncul pape pastu seploh minit berlalu screen masih gelap. Aku terus letak bag atas riba ambil handphone dari dalam bag dan terus main Candy Crush Saga sambil terfikir cerita ni nak on ke tak.


 Lepas setengah jam kitorang di dalam hall tetiba staff GSC kata


 "Kepada semua penonton kami minta maaf kerana ada sedikit kerosakan teknikal dan wayang ini tidak dapat ditayangkan. Anda boleh refund semula duit anda di kaunter kuar. Sekian terima kasih"


 Peh. Lega aku. Aku and Teha apa lagi. Berbunga bunga kegirangan sebab tak jadi tengok movie tu. Dan Afiq terus soal aku, 


"Along keluar surau lambat sebab buat solat hajat eh tak nak tengok cerita ni?"


 Aku pandang Afiq dan senyum sahaja. 


Sekian sudah kisah Highland Tower dari Nur Al-Afzan


Knock knock
Anybody home?









Photobucket

Wednesday, October 30, 2013

Doa Dipermudahkan Urusan

Allahumma la sahla illa maja'atahu sahla wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahla



 Ya Allah Ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau menghendakinya.


 ^_^
Photobucket

Tuesday, October 29, 2013

Kenapa diuji?

Kenapa aku diuji dengan hubungan sesama manusia?


 Sebab kau menduakan cintanya. Bukan menduakan je. Tapi kau melebihi cinta pada makhluk berbanding cinta padaNya.


 Dia cemburu.


 Sebab tu Dia attract kau dengan ujian. Bila diuji baru kau tau nak cari Dia kan.


 *Deep*


 Jom kita amik wudhu' dan solat Maghrib. Dia dah panggil tu :')
Photobucket

Friday, September 27, 2013

If...

Andai kata satu hari nanti saya diuji dengan penyakit yang perlukan surgery, saya nak cakap kat doktor yang saya nak surgery hari Jumaat. 


Kenapa? 


In case surgery tu gagal saya harap boleh mati hari Jumaat. 


Salam Jumaat semua. 






Photobucket

Thursday, September 26, 2013

An Iron Lady

Sejak dua menjak ni di FB penuh dengan isu luahan hati dari Siti Hajar Aladin kepada PM kita. Pada mulanya, ketika ternampak post tu saya rasa macam 


 "Eh ni hajar yang ku kenal ke?"


Me is forever short anywhere everywhere



Sememangnya luahan hati Hajar memberi impak yang sangat besar di alam maya ini. Dari apa yang saya perhatikan, post itu semakin berleluasa bukan saja di FB malah ianya telah tersebar di beberapa laman web yang lain. Pokoknya di sini bukan isi luahan itu yang ingin saya bicarakan tetapi mengenai si penulis itu sendiri. 


Siti Hajar Aladin,


Saya mula mengenali beliau sejak tahun 2004. Masih saya ingat ketika itu beliau masih keanak-anakan. Maklumlah baru lepas SPM. Itu di tahun 2004. Siapa sangka di tahun 2013 ini beliau mampu meluahkan apa yang tak terluah oleh kita sebagai rakyat. 


Di kala kita bergelut dengan masalah hati dan perasaan sendiri yang sekecil cuma, beliau mampu bangkit dengan penuh keberanian untuk menyatakan luahan hati rakyat. Di kala kita sedih dengan ujian tak seberapa, beliau begitu kuat menghadapi ujian impak dari luahan yang dikarang beliau itu.


Tahniah buat sahabatku atas keberanianmu. Setulusnya saya kagum dengan Hajar. Semoga Hajar akan lebih tabah menempuhi segala mehnah dan tribulasi sepertimana tabahnya Siti Hajar ibu kepada Nabi Ismail.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama kita selamanya insyaAllah. 


                                                                                                                       Tulusly,
Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails