Thursday, November 7, 2013

Highland Tower

Peristiwa tadi berlaku di GSC One Utama 


Cadangan Afiq Hafizuddin nak tengok cerita Highland Tower. Oleh sebab aku dan Teha lambat sikit siap habis solat, Afiq and Fami pegi la beli tiket dulu.


 Keluar je kami dari surau terus Afiq suruh pegi naik GSC. Ok. Aku dan Teha memang betul betul cuba beranikan diri sebab kami ni memang jenis berani berani kucing je nak tengok movie hantu.


 Masuk je hall terus ke tempat duduk. Peh. Agak depan jugak la. Pastu toleh je kanan aku, kosong. Kosong. Aku mula lemah. Takpe. Tahan je ni tapi tangan dah get ready ngan bag nak buat tutup muka.


 Habis je iklan tetiba screen gelap. Gulp. Aku terus amik bag tutup muka takut takut tetiba muncul pape pastu seploh minit berlalu screen masih gelap. Aku terus letak bag atas riba ambil handphone dari dalam bag dan terus main Candy Crush Saga sambil terfikir cerita ni nak on ke tak.


 Lepas setengah jam kitorang di dalam hall tetiba staff GSC kata


 "Kepada semua penonton kami minta maaf kerana ada sedikit kerosakan teknikal dan wayang ini tidak dapat ditayangkan. Anda boleh refund semula duit anda di kaunter kuar. Sekian terima kasih"


 Peh. Lega aku. Aku and Teha apa lagi. Berbunga bunga kegirangan sebab tak jadi tengok movie tu. Dan Afiq terus soal aku, 


"Along keluar surau lambat sebab buat solat hajat eh tak nak tengok cerita ni?"


 Aku pandang Afiq dan senyum sahaja. 


Sekian sudah kisah Highland Tower dari Nur Al-Afzan


Knock knock
Anybody home?









Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails