Friday, December 31, 2010

Three.One.One.Two.Two 'O' One 'O'

Dear Belog....

Hari ni pegi O.U sebab nak cari kasut wat gi kuliah. Gi kuliah setakat sandal pun boleh. Tapi, tadi kan saya terjumpa oxford wedges. Ape tuh? Tengok bawah ni

Ni la oxford wedges. Cun ouh. Stuju x?
Oleh sebab saya dah lama mencari dan tercari-cari mende alah ni, apa lagi. Tersambarlah ia. Nak buat gi kelas pun boleh kan? Cun ape pkai ngan jubah or baju kurung. Kan? Kan? Kan? Lepas tu terjumpa pulak kasut yang ala-ala kat bawah ni punye gambar:

ini saya tatau apa nama dia...tapi saya punye ade stud di depan...hee

Ape lagi, teruslah daku sambar. Memang gila ouh dengan mane-mane kasut yang ala-ala boot ke oxford ke yang penting bertapak wedges. Lepas ni nak cari sneakers wedges pulak la... Heeee ^^,

Ouh, sebelum terlupa nak kate....

Bye bye Two 'O' One 'O'........
........Hye hye Two 'O' One One

Ni ahli sihir dalam citer snow white. Dia minat baca komik. Sekian


Wish tahun baru? Nak carik boipren... Hahaha, joking joking. Azam nak jadi budak baik tapi ada sikit nakal. Ngee~

Oke. Bai.

Photobucket



Photobucket

Sunday, December 26, 2010

Randomly updated...

Dear Belog....

#1

Sebelum ni dengar pasal Lucifer masa zaman Malaysia tengah faymes dengan kes Black Metal [kalau tak silap aku tahun 2002 ke 2003 tah. Antara tahun camtula.] Then, terus hilang nama tu dari otakku. Sampailah tiba-tiba group SHINee [alah, mamat encem yang pandai menari tu. Yang ada Key yang chumel tu.] keluar lagu baru nama Lucifer, aku jadi takut nak dengar. Takut-takut aku terpengaruh dengan Black Metal juga, jadi aku abaikan lagu SHINee tu. Tapi, sebab minat SHINee punya pasal, hari tu buat la conference ringkas dengan Zawani.

Apjan: Wani, lagu SHINee-Lucifer tu macam best. Tapi takut nak dengar. Lagu tu pasal apa eh?
Zawani: Ala, lagu tu sebenarnya cerita pasal ada perempuan yang goda dorang. Memang dorang tergoda la. Jadi, dorang samakanla perempuan tu ngan Lucifer. Lucifer kan ketua iblis, suka goda orang.
Apjan: Ouh, itu je ke? Kalau camtu, boleh la kite nak suke lagu tu....

Errr, senangnya kau buat decision kan Pejan? -_-"

Lepas tu balik rumah terus aku masuk bilik Afiq dan tanya:

Apjan: Wehh, Afiq. Ape yang kau tau pasal Lucifer?
Afiq: Lucifer tu fallen angel.
Apjan: Hah? apesal fallen angel pulak? bukan ketua iblis ke?
Afiq: Iyela, kalau kau tanya Pakcik Google mesti dia boleh jawab.
Apjan: Ouh... [sengal punya adik...]

Aku pun tanya la Pak Cik Google pasal fallen angel a.k.a lucifer dan Mak Cik Wiki jawabkan lebih kurang macam ni la.

"There are an angel who has been exiled or banished from Heaven. Often such banishment is a punishment for disobeying or rebelling against God,"

Itu dalam Christian theology la. Punya la aku susah sangat pening-pening kepala fikir apala yang angel tu buat sampai kena campak dari Heaven dan apa kaitan dengan lucifer? 

Tiba-tiba terlintas di fikiran aku macam ni pulak, masa Nabi Adam dibangunkan, Allah mengarahkan semua makhluk termasuk la malaikat dan syaitan yang masa tu semua hidup aman dan damai dalam Heaven untuk sujud pada Nabi Adam tanda hormat. Semua patuh pada arahan tapi syaitan je yang berdegil tak nak ikut sebab rasakan kejadiannya lagi mulia dari Nabi Adam yang dari tanah je. Maka, Allah pun murka lalu mencampakkan syaitan ke dalam Hell. Masa tu jugak syaitan berjanji yang dia akan menyesatkan keturunan Nabi Adam sampai kiamat. Lepas terfikir begitu baru aku nampak kenapa lucifer dikatakan fallen angel. Heee ^^,

#2

Last week, sepupu-sepupuku datang ke rumah. Maklumlah dorang cuti sekolah kan, aku je tak cuti tapi still balik rumah tiap-tiap minggu. Sampaikan orang asyik tanya aku tengah cuti ke? cuti berapa lama la bagai. Dan jawabku senang je, "Cuti sabtu ahad je..." Dan orang yang bertanya tu terus macam nak cakap "Kau nak tak aku belanja kau makan kaki?". Okay, let's end up about the fake holiday.

Actually, nak story about my little cousins [yeah, they're only 3 years old]. Masa tu kakak-kakak dan abang-abang dorang sibuk la serbu bilik Afiq untuk main game, tengok movie etc. Si kecil dua orang ni [Aisya and Faiqah] sibuk buat hal sendiri main hide and seek. Aku pulak kerja masa tu jadi pemantau and tengok je dorang main. 

Dah la main berdua, mula-mula Faiqah kira dan lepas tu Aisya menyorok pulak kat bawah meja yang memang terang-terang dah nampak dia ada menyorok di bawah meja. Then, bila dah jumpa, switch  pulak Aisya untuk jadi hantu. And you know what, Faiqah menyorok kat bawah meja jugak tempat Aisya menyorok tadi. Aku tengok pun jadi terkejut dan masa tu jugak rasa macam nak guling-guling sebab dorang ulang-ulang main hide and seek macam tu. Kalau la semua main hide and seek macam tu, apa akan jadi ye?

Ouh, maaf sebab bahasa agak tunggang terbalik. BM tak pernah dapat A macam ni la. Haih -_-"

Okehhh, tu je. Bai.

P/s: Suka tengok orang senyum sambil mata tersenyum. Tapi bila aku buat...

...muke aku akan jadi sangat pelik -_-"


Photobucket





Photobucket

Monday, December 20, 2010

Nu Hobby...

Dear Belog...

My nu [new] hobby is kumpul picture Hana Tajima... Seriously dah tangkap cintan dengan Hana Tajima. Mesti korang dah boring kan sebab asal ke mane-mane belog ade je kisah Hana Tajima. Tapi, walau ape pun saya tetap dengan pendirian saya. Nak jugak post bukan pasal Hana Tajima. Tapi post gambar Hana Tajima je. Gambar yang paling feveret bagi saya je la. Hehehe.

Mirror, mirror on the wall. Who in the land is fairest of all?

Pic atas ni memang smart. Tapi pelik bin ajaib la gmbar ni. Saya musykil. Kenapa imej dalam cermin tuh tak same dengan orang di luar cermin? Tak kesah lah. Hana Tajima punya style memang cun. Bai.

Photobucket


Photobucket

Sunday, December 19, 2010

Selekeh Day

 Dear Belog...



 Pergi Desa Park City.



Makan dan minum di Kluang Station.



Hanya dengan melilit Ilsya Hijab dengan cara yang sangat selekeh [konon nak cuba loose style]. Dan yang paling best, saya hanya berT-shirt serta berseluar batik [ala, yang beli kat Pasar Payang tu...]

Apjan yang selekeh dengan seluar batik. Lyana je gojes. Tak aci. Huhu
Macam orang dalam pantang pun ye. Takpe. Practise Makes Perfect, hoho


Memang selekeh kan?



Bile la saya boleh jadi stailo macam Hana Tajima [StyleCovered]? T__T



Okep. Bai.

Photobucket



Photobucket

Friday, December 17, 2010

Perkampungan Apjan....

Dear Belog...


Kitorang [apjan & classmates] ingat test Financial Accounting [FA] hari ni.


Dan juga fikir yang assignment FA pun kena hantar hari ni masa kelas.


Malam semalam, kami berkampung la di bilik saya.


Siapkan assignment dan terus buat exercise berkali-kali.


Tapi hasilnya, tetap tak balance.


Sampai 1 tahap, fed up dan penat buat semua.


Pagi tadi, saya terlajak. Bangun pukul 9.29a.m.


Cuak giler sebab risau terlepas test.


Dalam keadaan cuak tu, sempat lagi ambil henpon dan terbaca la sms yang berbunyi:


"Kelas akaun takde...."


Errr..... Sekian. Bai
Photobucket



Photobucket

Let's pretend we're bunny rabbits.....

 Dear Belog...



Tadi ziarah Mak Cik Youtube...



Tanya khabar pada StyleCovered dan Hana Tajima [pemilik StyleCovered] kenalkan saya dengan lagu Let's Pretend We're Bunny Rabbits - The Magnetic Fields.



Oh, saya jatuh chenta. Lagu tu sungguh OldSkool.



Dah ala-ala The Beatles pulak.



Classic memang best. Tapi saya suka akustik [tak de kaitan kau cerita pasal gitar di sini, apJan].



Tu je. Bai
Photobucket




Photobucket

Tuesday, December 14, 2010

Tensen yg direlease...

 Dear Belog..



Pergi The Mines... Semata-mata nak tengok Narnia.



Movie pukul 3.20.



Kelas petang sepatutnya ada pukul 2.30 sampai 3.30.



Dan, iye daku tuang.



Alasannya, "Kelas hafazan je pun. Ustaz mesti tak amek attendance. Kan bole tasmiq bile2 kat bilik ustaz."



Dengan senang hatinya layan Narnia sampai tertido-tido dalam panggung.



Terbangun bile part best aje.



Habis movie, tengok henset ade mesej "Ustaz amek attendance ari ni...."



Oh, daku redha. Sendiri buat, sendiri tanggung la....



Kau orang, kau orang don't do this ye. Tak baik untuk kesihatan. 



Oke. Bai.



Photobucket



Photobucket

Sunday, December 12, 2010

Tunjukkan Aku...

Muzik dari jiwa...
Lagu dari hati...
Cerita sepurnama...
Canda dan menangis...

Belum ku selami...
Caturan terjadi...
Lelah dipukul badai...
Apa mungkin terlerai?

Soalan tersendu...
Balas hampa bisu...
Tuhan, tunjuk sesuatu...
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan sku....

Apa bisa ku cinta kamu seperti mana...
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu...

Mood: Layan blues sebab esaimen ilang sebelum sempat daku save dan wajib bagiku untuk re-type esaimen itu sambil menghadapinya dengan senyuman. Bai

Photobucket



Photobucket

Thursday, December 9, 2010

Ikan Bakaq oo Ikan Bakaq....


Dengan rasa rendah hati, ingin menjemput rakan-rakan blogger ke gerai ikan bakar Micha's Corner @ Showru. Bertempat di Kelana Jaya (Belakang Stadium Kelana Jaya, bersebelahan MAS Training Centre). Dibuka untuk makan tengahari dan malam pada Isnin-Jumaat, dan makan malam sahaja pada Sabtu dan Ahad. Jom!!

Landmark : Dataran Glomac, Stadium K.Jaya, MAS Training Centre

Nota kaki: Ini kedai kawan saya. Jom la serbu kedai encik Danial Al-Rashid ni [boleh juga klik SINI untuk kenal orangnye, hoho]. Bukan senang nak tengok orang muda yang berwawasan. Jadi, perlulah kita sokong saudara seagama, semoyang kite ni ye. Serbu jangan tak serbu. Heheh

Photobucket



Photobucket

Sunday, December 5, 2010

Hi Ilsya Hijab...

 Dear Belog...

Hari: Jumaat
Masa: 12.15pm
Tempat: Masjid Al-Azhar, KUIS

Tiba2 habis je usrah [dah dikira subjek wajib KUIS. tak lulus, tak boleh grad] Cik Taylor Swift memekik-mekik sebut Speak Now. Tengok skrin handphone, tiada nama. Angkat je la. Suara lelaki. Siapa pulak la ni. Rupa-rupanya posmen talipon suruh bukak pagar.

Ha, apa maknanya bila posmen datang rumah? Itu bermakna, tudung ILSYA HIJAB [juga klik SINI ye] dah selamat sampai kat rumah saya. Wahhhh, excited sungguh daku. Tak sabar rasa nak balik rumah. Sebelum tu, nak cerita. Masa tudung dah sampai tiba-tiba mami call dan kate "Tudung dah sampai. Mampi bukak dulu ye..." Nampaknya mami pun excited nak tengok. Hehehe.

Esoknya, keluar tengok movie dengan Kak Kina [oh, Rapunzel sangat cool dan chumel] daku pun try pakai Ilsya Hijab dan hasilnya macam kat bawah ni. Errr, oke ke tak? Riso tak sesuai sebab sedar yang muka ku boolat... T__T [tapi tudung tu sangat-sangat selesa...]

oh, sangat kelakar ok -,-
Ini DSLR pinjam. Sekian
P/s: Doakan pipi daku makin susut serta daku dapat memiliki DSLR sendiri... Mekaseh semua [pada yg sudi doakan..ngee]

Photobucket



Photobucket

Saturday, December 4, 2010

I redha I redah...

 Dear Belog...

Redha... Redha... Redha...
Laptopku dah jadi baru [intinya kosong...]
Semuanya jasa MALWARE...
Dan terima kasih sebab menjadikan hardisk ku kosong juga...
Memang jasamu dikenang sampai bila-bila la....

Sedikit kata dari tukang format laptopku...

"Hardisk ko dapat diselamatkan,
tapi sume dah tade la..."

Owh, sengal betol ayatnya. Tapi papepun hasilnya best la. Yang hilang semua tu... Takpe, I redha I redah..

Mood: Sasau nak cari isi untuk laptop dan hardisk. Sekian.

Photobucket



Photobucket

Sunday, November 28, 2010

Let the Music Heal Your Soul...

 Dear Belog...

Hey, bile sebut muzik apa yang kamu fikir? Oh, kalau saya kan.... Saya suka lagu tu sebab penyanyinya. [Memang kau buta seni la, APJAN...]. Tapi kan, itu dulu. Masa dulu saya sangat-sangat suka dengar lagu. Motif utama, sebab penyanyinya sangat kacak. Haha, tak boleh blah kan motif tu. Itu zaman hingus saya masih meleleh.

Lepas tu, naik sekolah menengah. Minat bertukar. Saya tak pandang dah penyanyi itu kacak atau tak. Yang saya mula tertarik pemain muzik nya. Oh, terus terang saya akan lebih tertarik pada drummer. Tak tau kenapa. Saya tengok drummer itu cool. Habis zaman sekolah.

Peringkat atas pada sekolah, yakni sekarang saya tak dengar lagi suara penyanyi. Saya akan fokus pada petikan bunyi gitar. Ye, saya dah mula jatuh hati dengan GITAR. Itu pun lepas terjumpa gitar di rumahku. Wahhh, sangat teruja. Tapi sampai sekarang saya masih tak mahir [bukan Maher Zain ye...] memetik gitar. Sampai sekarang saya masih pening dengan chord gitar. Nampaknya saya kena mula ambil panadol secara berhati-hati agar tak overdose... [Tapi drummer tetap menjadi pojaan hatiku. Oh, Travis Barker....]

masih sempat daku posing sambil main gitar. konon pro...


P/s: Let the music heal your soul.. Let the music take control.. Let the music give you the power to move any mountain...



Photobucket




Photobucket

Nerdy me not....

 Dear Belog...

I get obsessed by little nerdy things in my corner that no one else is interested in. Boring, huh? Yet, modesty doesn't have to be boring even though there are some people who said, "Eh, tak payah la kau nak baik sangat pakai tudung lah bagai... Macam nerd la pulak..." Err, sedih and speechless bila dengar itu... Hey, hijabees are not nerdy okay. They are fashionista following the rules of Allah. Peace ^^,

Tak de nerdy pun kan? Haha


Mood: Dalam proses pencarian lebih banyak koleksi fesyen hijabees...

Photobucket




Photobucket

Saturday, November 27, 2010

Cemas.. cemas...

 Dear Belog...

Cemas menanti detik 28 November 2011.
Ape ye keputusannya?
Positif atau negatif?
Tapi, apa keputusanku kalau positif?
Terima atau tolak?
Confused.. Confused...



Tapi, hari tu ada tanya pendapat 'dia'.
Kate 'dia',

"tak payah. Dok je KUIS tu. Positif kang ntah mane2 pulak tercampak. Dok KL-Selangor nanti senang sikit nak berjuang. Berjuang je kat sini...."

Wallaaa... Dapat kata-kata semangat dari 'dia' terus daku kata,

"Heeeeee [sambil tersengih].... Baekkkkkkk" ^^,



Sangat terharu bila 'dia' kata macam tu.
Rasa macam diperlukan....
...atau dipergunakan?
Untuk program-program yang dianjurkan 'dia' di masa akan datang....
Takpe... redha *happy*

muke badut yg happy dengan tangan alien


Photobucket



Photobucket

Monday, November 22, 2010

L.O.V.E L.E.T.T.E.R

Ar-Rauf,
adakah aku layak dikurniakan nikmat cintaMu sekiranya diri ini masih belum lagi benar-benar menyintaiMu,
hati ini masih lagi disulami dengan cinta selainMu sedangkan cintaMu adalah segalanya dan cinta selainMu itu adalah palsu.

At-Tawwab,
Bagaimana aku dapat meneruskan taubatku padaMu andai diri ini masih lemah dan sentiasa tewas pada nafsu,
Apa lagi cara bagiku untuk lebih kuat menghadapi iblis dan nafsu sungguhpun aku tahu mereka begitu jahat dan kejam tetapi aku masih lagi tewas di tangan mereka.

Al-Barr,
Bantulah aku melawan nafsu serta taubatkanlah aku....



Photobucket



Photobucket

Saturday, November 20, 2010

Hari Huru Hara

 Dear Belog...

Huru hara? Haru biru? Lagi ape istilah yang sesuai eh? Kelam kabut? Serabut? Dan yang sewaktu dengannya. Huhu. Nak jadi cerita, semalam [kira semalam la kan sebab sekarang dah masuk ari sabtu kan?] daku teman Munirah a.k.a Anis [lupa mane datang nama anis tuh, hehehe] ke PWTC. Katenya nak tengok peristiwa seperti di bawah ni...



Oleh sebab Anis ni kata dia tak berapa berani sangat parking kereta bila sorang [err, agaknya daku ni punya aura yang boleh jadikan orang terus terer parking. mungkin...] jadi dia pun mencadangkan daku untuk teman beliau. Daku pun tunggulah di KL Sentral sambil-sambil cuci-cuci mate membeli belah tingkap aje. Mood sekarang tengah kudukut nak keluar duit [sebab nak simpan duit untuk beli tudung Ilsya Hijab..dah berkenan tahap Gaban dah ni...huhuhu].

budak chumel ini is wearing Pale Purple
Tokei2 Ilsya Hijab. Mereka la tokei, mereka la model
Anis pun sampai dan kami terus ke The Mall untuk parking, dan lepas tu berjalan ke PWTC. Selepas itu kami bergerak dari satu booth ke booth yang lain. Selesai isi-isi borang, kami pun ke The Mall untuk makan, sebab lapar do. Settle makan tiba-tiba Anis buat muka kesian dan berkata,

"Afzan, kunci kereta tak de..."

Daku mula cemas, tapi cuba tahan sebab tak nak bagi Anis berkali-kali ganda lebih cemas. Daku pun berkata,

"Ada dalam beg tu, try cari balik..."
"Tak de la, afzan. Rasa macam tercicir kat PWTC je..."
"Ye? Oke, oke. Jom kite gi sana balik..."

Sampai sana, kami naik atas, pastu turun bawah. Gi tanya customer service [kot...tak tau nak panggel ape, hee]. Tapi menghampakan....

"Anis, jom kite naik surau gi smayang..."
"Skarang pukul brape?"
"2.30. Kite rehat-rehat dulu, tenangkan fikiran..."

Duduk rehat jap, pastu baru solat....
"Anis, jom kite gi kat booth nak?"

Anis pun follow. Masuk-masuk terus daku tarik tangan Anis ke booth Etiqa Takaful...

"Afzan, tu kunci. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat..."

Fuhhhh, lega selega leganya. Moral? Tuhan nak suruh kami muhasabah diri balik. Bila kita lupa Tuhan, kejap je Tuhan boleh tarik nikmat. Huhu, dapat cash terus tu. Lepas solat, mengadap Tuhan baru Tuhan bagi balik apa yang kita hilang tapi jangan la pulak lupa nak bersyukur sebab semua tu dariNya. Betullah, hikmah itu indah. Kan? *wink*

Dah jumpa tu, terus la kami nak ke The Mall balik tapi malangnya hujan lebat. Bila hujan dah mula ringan, kami pun terus ke tepi jalan. Basah? Lencun? I redha, I redah je. Masa kat tepi jalan sebelum nak melintas, daku tak de payung. Tiba-tiba ada pulak orang cina sebelah yang baik hati dan terus jadi situasi bawah ni,
atas kepala kami itu adalah kertas mahjung, sekian.
Anis terkejut, yang daku lebih lagi. Tapi alhamdulillah, semuanya dari Allah. Nak lindung dari basah banyak Hohoho. Papepun, terima kasih Encik Sepet. Okela, dah kering idea dah ni. That's all thot!

P/s: Ini entry second last sebelum daku menyepikan diri. Cuti nak abes dah. Masuk kolej balik nanti dah tak boleh nak hapdet-hapdet dah. Tapi takpe, minggu ni daku kerap hapdet, hoho

Photobucket




Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails