Sunday, November 28, 2010

Let the Music Heal Your Soul...

 Dear Belog...

Hey, bile sebut muzik apa yang kamu fikir? Oh, kalau saya kan.... Saya suka lagu tu sebab penyanyinya. [Memang kau buta seni la, APJAN...]. Tapi kan, itu dulu. Masa dulu saya sangat-sangat suka dengar lagu. Motif utama, sebab penyanyinya sangat kacak. Haha, tak boleh blah kan motif tu. Itu zaman hingus saya masih meleleh.

Lepas tu, naik sekolah menengah. Minat bertukar. Saya tak pandang dah penyanyi itu kacak atau tak. Yang saya mula tertarik pemain muzik nya. Oh, terus terang saya akan lebih tertarik pada drummer. Tak tau kenapa. Saya tengok drummer itu cool. Habis zaman sekolah.

Peringkat atas pada sekolah, yakni sekarang saya tak dengar lagi suara penyanyi. Saya akan fokus pada petikan bunyi gitar. Ye, saya dah mula jatuh hati dengan GITAR. Itu pun lepas terjumpa gitar di rumahku. Wahhh, sangat teruja. Tapi sampai sekarang saya masih tak mahir [bukan Maher Zain ye...] memetik gitar. Sampai sekarang saya masih pening dengan chord gitar. Nampaknya saya kena mula ambil panadol secara berhati-hati agar tak overdose... [Tapi drummer tetap menjadi pojaan hatiku. Oh, Travis Barker....]

masih sempat daku posing sambil main gitar. konon pro...


P/s: Let the music heal your soul.. Let the music take control.. Let the music give you the power to move any mountain...



Photobucket




Photobucket

Nerdy me not....

 Dear Belog...

I get obsessed by little nerdy things in my corner that no one else is interested in. Boring, huh? Yet, modesty doesn't have to be boring even though there are some people who said, "Eh, tak payah la kau nak baik sangat pakai tudung lah bagai... Macam nerd la pulak..." Err, sedih and speechless bila dengar itu... Hey, hijabees are not nerdy okay. They are fashionista following the rules of Allah. Peace ^^,

Tak de nerdy pun kan? Haha


Mood: Dalam proses pencarian lebih banyak koleksi fesyen hijabees...

Photobucket




Photobucket

Saturday, November 27, 2010

Cemas.. cemas...

 Dear Belog...

Cemas menanti detik 28 November 2011.
Ape ye keputusannya?
Positif atau negatif?
Tapi, apa keputusanku kalau positif?
Terima atau tolak?
Confused.. Confused...



Tapi, hari tu ada tanya pendapat 'dia'.
Kate 'dia',

"tak payah. Dok je KUIS tu. Positif kang ntah mane2 pulak tercampak. Dok KL-Selangor nanti senang sikit nak berjuang. Berjuang je kat sini...."

Wallaaa... Dapat kata-kata semangat dari 'dia' terus daku kata,

"Heeeeee [sambil tersengih].... Baekkkkkkk" ^^,



Sangat terharu bila 'dia' kata macam tu.
Rasa macam diperlukan....
...atau dipergunakan?
Untuk program-program yang dianjurkan 'dia' di masa akan datang....
Takpe... redha *happy*

muke badut yg happy dengan tangan alien


Photobucket



Photobucket

Monday, November 22, 2010

L.O.V.E L.E.T.T.E.R

Ar-Rauf,
adakah aku layak dikurniakan nikmat cintaMu sekiranya diri ini masih belum lagi benar-benar menyintaiMu,
hati ini masih lagi disulami dengan cinta selainMu sedangkan cintaMu adalah segalanya dan cinta selainMu itu adalah palsu.

At-Tawwab,
Bagaimana aku dapat meneruskan taubatku padaMu andai diri ini masih lemah dan sentiasa tewas pada nafsu,
Apa lagi cara bagiku untuk lebih kuat menghadapi iblis dan nafsu sungguhpun aku tahu mereka begitu jahat dan kejam tetapi aku masih lagi tewas di tangan mereka.

Al-Barr,
Bantulah aku melawan nafsu serta taubatkanlah aku....



Photobucket



Photobucket

Saturday, November 20, 2010

Hari Huru Hara

 Dear Belog...

Huru hara? Haru biru? Lagi ape istilah yang sesuai eh? Kelam kabut? Serabut? Dan yang sewaktu dengannya. Huhu. Nak jadi cerita, semalam [kira semalam la kan sebab sekarang dah masuk ari sabtu kan?] daku teman Munirah a.k.a Anis [lupa mane datang nama anis tuh, hehehe] ke PWTC. Katenya nak tengok peristiwa seperti di bawah ni...



Oleh sebab Anis ni kata dia tak berapa berani sangat parking kereta bila sorang [err, agaknya daku ni punya aura yang boleh jadikan orang terus terer parking. mungkin...] jadi dia pun mencadangkan daku untuk teman beliau. Daku pun tunggulah di KL Sentral sambil-sambil cuci-cuci mate membeli belah tingkap aje. Mood sekarang tengah kudukut nak keluar duit [sebab nak simpan duit untuk beli tudung Ilsya Hijab..dah berkenan tahap Gaban dah ni...huhuhu].

budak chumel ini is wearing Pale Purple
Tokei2 Ilsya Hijab. Mereka la tokei, mereka la model
Anis pun sampai dan kami terus ke The Mall untuk parking, dan lepas tu berjalan ke PWTC. Selepas itu kami bergerak dari satu booth ke booth yang lain. Selesai isi-isi borang, kami pun ke The Mall untuk makan, sebab lapar do. Settle makan tiba-tiba Anis buat muka kesian dan berkata,

"Afzan, kunci kereta tak de..."

Daku mula cemas, tapi cuba tahan sebab tak nak bagi Anis berkali-kali ganda lebih cemas. Daku pun berkata,

"Ada dalam beg tu, try cari balik..."
"Tak de la, afzan. Rasa macam tercicir kat PWTC je..."
"Ye? Oke, oke. Jom kite gi sana balik..."

Sampai sana, kami naik atas, pastu turun bawah. Gi tanya customer service [kot...tak tau nak panggel ape, hee]. Tapi menghampakan....

"Anis, jom kite naik surau gi smayang..."
"Skarang pukul brape?"
"2.30. Kite rehat-rehat dulu, tenangkan fikiran..."

Duduk rehat jap, pastu baru solat....
"Anis, jom kite gi kat booth nak?"

Anis pun follow. Masuk-masuk terus daku tarik tangan Anis ke booth Etiqa Takaful...

"Afzan, tu kunci. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat..."

Fuhhhh, lega selega leganya. Moral? Tuhan nak suruh kami muhasabah diri balik. Bila kita lupa Tuhan, kejap je Tuhan boleh tarik nikmat. Huhu, dapat cash terus tu. Lepas solat, mengadap Tuhan baru Tuhan bagi balik apa yang kita hilang tapi jangan la pulak lupa nak bersyukur sebab semua tu dariNya. Betullah, hikmah itu indah. Kan? *wink*

Dah jumpa tu, terus la kami nak ke The Mall balik tapi malangnya hujan lebat. Bila hujan dah mula ringan, kami pun terus ke tepi jalan. Basah? Lencun? I redha, I redah je. Masa kat tepi jalan sebelum nak melintas, daku tak de payung. Tiba-tiba ada pulak orang cina sebelah yang baik hati dan terus jadi situasi bawah ni,
atas kepala kami itu adalah kertas mahjung, sekian.
Anis terkejut, yang daku lebih lagi. Tapi alhamdulillah, semuanya dari Allah. Nak lindung dari basah banyak Hohoho. Papepun, terima kasih Encik Sepet. Okela, dah kering idea dah ni. That's all thot!

P/s: Ini entry second last sebelum daku menyepikan diri. Cuti nak abes dah. Masuk kolej balik nanti dah tak boleh nak hapdet-hapdet dah. Tapi takpe, minggu ni daku kerap hapdet, hoho

Photobucket




Photobucket

Friday, November 19, 2010

...untitle...


Mood: Ngantok, mau tido. Sekian...

Photobucket


Photobucket

Thursday, November 18, 2010

Zulhijjah oh Zulhijjah

 Dear Belog...


Masa: 12.20 p.m
Tempat: Masjid Al-Mukarramah
Tarikh: 10 Zulhijjah 1431 / 17 November 2010

Pada masa yang tercatat di atas terdengarlah dialog yang berbunyi begini,

"Ustaz, dengar-dengar tahun ni ada korban unta. Mane untanya? Tak nampak pun..."

"Unta tersangkut di Muzdalifah...."

Sekadar update pantas dan ringkas sebagai selingan, sebenarnya nak ucap SALAM AIDILADHA pada semua... Hee [saje nak wish lambat-lambat, asyik wish awal je boring gak, huhu]

P/s: haha, korang kene tipu. mane ade p/s
Photobucket



Photobucket

Tuesday, November 16, 2010

Student's Life....

 Dear Belog...

Momentum....sile tolak kerajinanku untuk menghapdet belog ni... Lama betul daku tak hapdet belog. Sampai la tetiba dapat post dari Cik Bella Ayub kite di fb ku yang kelihatan amat mirip seperti di dalam gambar di bawah ini:

tak brape nmpak ye? sila gune kanta pembesar..kihkihkih

Bagiku itu merupakan momentum untuk daku hapdet belog ni. Sian belog. Bersawang dah eh. Nah, amek penyapu bulu ayam nih. Cuci sawang-sawang yang berator... [err, sawang-sawang pun berator gak ke? bukan menyemak? huh, ape-ape je la] Papepun, trimas bebanyak pada Cik Bella yang cun. Hee

Dan, satu lagi hakikat post ni dah menetap dalam draf nak masuk 2 minggu [err, berkulat tak wahai entri? peace]. Oke, teruskan menaip wahai Afzan. Lama sangat rumahmu ni ditinggalkan. Jangan lupa pagarkan rumahmu ini ye, Afzan. Kot-kot la ada makhluk-makhluk mistik yang dah beranak pinak di rumahmu ini. Sediakan satu surah Al-Baqarah beserta air renjis [daku dah mula merapu. Sila abaikan kalau meluat].

Apa dah jadi? Apa dah jadi dengan daku sekarang ni ye? Ha, kehidupan sudah bertukar [dah macam bunyi Kamen Rider nak bertukar dah ni...] dari penganggur kehormat kepada pelajar berwibawa [celah mane tah wibawanye...hehehe].

Oke. Untuk pengetahuan orang-orang yang dah lama tunggu belog ku ni berhapdet, alhamdulillah rezekiku nak sambung belajar kembali berpihak pada diriku. Sambung belajar di KUIS. Ada 4 tahun lagi nak grad, tapi sekarang tengah berusaha bersungguh-sungguh nak kurangkan tempoh kepada 3 tahun. Doa-doalah semuanya jadi kenyataan eh. Hee...

Setakat ni life oke la. Cuma busy nak setelkan buat pengecualian kredit. Dah muak kot nak ngadap subjek yang sama masa diploma dulu. Ibarat makan cheese cake hari-hari. Muak kan? Jadi, setakat ni alhamdulillah baru 5 subjek yang setel. Lagi 8 subjek nak setelkan. Serious, tengok silibus untuk sepanjang 4 tahun ni 13 subjek kot daku dah amek masa dip dulu. Tu yang macam rasa muak je nak belajar balik [padahal result dulu cukup makan je. Tak kesah. Janji lepas, hoho]
Kawan-kawan? Semuanya oke, tapi yang paling best best friend ku pun belajar kat sini gak. Dulu siap berangan nak belajar kat tempat sama. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Sekarang ni siap jadi roommate lagi. Siapa? Mestilah Cik Sakinah Rohaizat. Memang la betul kata orang, di mana ada Sakinah Rohaizat di situ ada Afzan Rahman. Sampai ada yang ingat kami ni adik beradik. Lagi satu berita yang tak boleh nak lupa, sampai buat kami tersenyum, masa kat One Stop Centre [Admin Block], masa tu tengah tunggu giliran untuk ape tah. Lupa. Tiba-tiba kami berdua disoal Pak Guard,

Pak Guard: Korang berdua ni orang Thailand ke?"
AR: Eh, tak la..."
Pak Guard: Alamak, salah la pulak....

Cik Kina & Cik Afzan [err, ne de rupe Thailand kan? Muke Melayu Tulen je ni ha...]
Daku dan Cik Kina pun berpandangan sama sendiri sambil confuse sejak bile pulak la muka kami ni ada rupa Siam. Ke Pak Guard tu yang rabun? Memang la pengalaman awal yang agak kelakar. Tapi, itu baru sikit kan? Banyak lagi masa yang nak kena tempuh kat sana. Doakan semua cun saja ye. Peace sokmo ^^,

Sempat lagi posing ngan classmates lepas abes kelas kot, background asrama lelaki lak tu, kuikuikui

Mood: Lega akhirnya dah dapat hapdet belog *wink*

Photobucket






Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails