Tuesday, November 16, 2010

Student's Life....

 Dear Belog...

Momentum....sile tolak kerajinanku untuk menghapdet belog ni... Lama betul daku tak hapdet belog. Sampai la tetiba dapat post dari Cik Bella Ayub kite di fb ku yang kelihatan amat mirip seperti di dalam gambar di bawah ini:

tak brape nmpak ye? sila gune kanta pembesar..kihkihkih

Bagiku itu merupakan momentum untuk daku hapdet belog ni. Sian belog. Bersawang dah eh. Nah, amek penyapu bulu ayam nih. Cuci sawang-sawang yang berator... [err, sawang-sawang pun berator gak ke? bukan menyemak? huh, ape-ape je la] Papepun, trimas bebanyak pada Cik Bella yang cun. Hee

Dan, satu lagi hakikat post ni dah menetap dalam draf nak masuk 2 minggu [err, berkulat tak wahai entri? peace]. Oke, teruskan menaip wahai Afzan. Lama sangat rumahmu ni ditinggalkan. Jangan lupa pagarkan rumahmu ini ye, Afzan. Kot-kot la ada makhluk-makhluk mistik yang dah beranak pinak di rumahmu ini. Sediakan satu surah Al-Baqarah beserta air renjis [daku dah mula merapu. Sila abaikan kalau meluat].

Apa dah jadi? Apa dah jadi dengan daku sekarang ni ye? Ha, kehidupan sudah bertukar [dah macam bunyi Kamen Rider nak bertukar dah ni...] dari penganggur kehormat kepada pelajar berwibawa [celah mane tah wibawanye...hehehe].

Oke. Untuk pengetahuan orang-orang yang dah lama tunggu belog ku ni berhapdet, alhamdulillah rezekiku nak sambung belajar kembali berpihak pada diriku. Sambung belajar di KUIS. Ada 4 tahun lagi nak grad, tapi sekarang tengah berusaha bersungguh-sungguh nak kurangkan tempoh kepada 3 tahun. Doa-doalah semuanya jadi kenyataan eh. Hee...

Setakat ni life oke la. Cuma busy nak setelkan buat pengecualian kredit. Dah muak kot nak ngadap subjek yang sama masa diploma dulu. Ibarat makan cheese cake hari-hari. Muak kan? Jadi, setakat ni alhamdulillah baru 5 subjek yang setel. Lagi 8 subjek nak setelkan. Serious, tengok silibus untuk sepanjang 4 tahun ni 13 subjek kot daku dah amek masa dip dulu. Tu yang macam rasa muak je nak belajar balik [padahal result dulu cukup makan je. Tak kesah. Janji lepas, hoho]
Kawan-kawan? Semuanya oke, tapi yang paling best best friend ku pun belajar kat sini gak. Dulu siap berangan nak belajar kat tempat sama. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Sekarang ni siap jadi roommate lagi. Siapa? Mestilah Cik Sakinah Rohaizat. Memang la betul kata orang, di mana ada Sakinah Rohaizat di situ ada Afzan Rahman. Sampai ada yang ingat kami ni adik beradik. Lagi satu berita yang tak boleh nak lupa, sampai buat kami tersenyum, masa kat One Stop Centre [Admin Block], masa tu tengah tunggu giliran untuk ape tah. Lupa. Tiba-tiba kami berdua disoal Pak Guard,

Pak Guard: Korang berdua ni orang Thailand ke?"
AR: Eh, tak la..."
Pak Guard: Alamak, salah la pulak....

Cik Kina & Cik Afzan [err, ne de rupe Thailand kan? Muke Melayu Tulen je ni ha...]
Daku dan Cik Kina pun berpandangan sama sendiri sambil confuse sejak bile pulak la muka kami ni ada rupa Siam. Ke Pak Guard tu yang rabun? Memang la pengalaman awal yang agak kelakar. Tapi, itu baru sikit kan? Banyak lagi masa yang nak kena tempuh kat sana. Doakan semua cun saja ye. Peace sokmo ^^,

Sempat lagi posing ngan classmates lepas abes kelas kot, background asrama lelaki lak tu, kuikuikui

Mood: Lega akhirnya dah dapat hapdet belog *wink*

Photobucket






Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails