Tuesday, May 3, 2011

Celita-celiti~

Dear Belog....


Pada suatu waktu ada sepasang suami isteri tinggal berdekatan dengan hutan. Si suami yang bernama Abu kerjanya mencari kayu di hutan. Setiap hari dia mencari kayu untuk dijual.

Pada suatu hari dia pergi lah mencari kayu berdekatan dengan kolam. Tiba-tiba, kapak yang digunakan terjatuh ke dalam kolam. Abu pun jadi tak tentu arah. Risau, cemas, cuak semuanya ada. Risau dimarahi isterinya, Aminah kerana tidak dapat hasil jualan kayu kerana kerjanya tergendala.

Sedang Abu termenung sambil menangis memikirkan apa lah nasibnya nanti, muncullah seorang pari-pari dari dalam kolam itu dan bertanya si suami.

Pari2: kenapa kamu menangis wahai manusia?
Abu: kapak saya terjatuh dalam kolam. takde kapak tu tak dapat la saya nak cari rezeki.

Pari-pari pun masuk dalam kolam sambil membawa kapak emas

Pari2: inikah kapak kamu?
Abu: bukan. kapak saya bukan emas. kapak saya dari besi je dan buruk.

Pari-pari pun masuk lagi ke dalam kolam dan membawa kapak perak

Pari2: inikah kapak kamu?
Abu: bukan. kapak saya bukan kapak perak. kapak saya buruk dr besi je.

Pari-pari pun masuk ke dalam kolam dan membawa kapak besi yang agak lama.

Pari2: inikah kapak kamu?
Abu: iya, ini kapak saya. terima kasih wahai pari2.
Pari2: oleh sebab kamu adalah seorang yang jujur maka saya hadiahkan sekali kapak emas dan perak.

Abu pun terus pulang ke rumah dan dengan terujanya dia pun menceritakan peristiwa tadi kepada Aminah

Abu: Ayang, nak tau tak? tadi abang ada jumpa pari2. dia bagi abg kapak emas dan perak ni.
Aminah: abang jangan nak mainkan saya. mana ada pari2 dalam dunia ni. mengarut je. baik abang cakap, mana abang curi kapak emas dan perak ni?
Abu: sumpah abang tak tipu. kalau ayang tak percaya, baik ayang ikut abang.

Abu pun bawa Aminah ke kolam tadi. Tiba-tiba Aminah pun terjatuh dalam kolam. Menangislah la Abu melihat isterinya terjatuh ke dalam kolam. Kemudian, muncullah pari-pari tadi dan bertanya

Pari2: kenapa kamu menangis wahai manusia?
Abu: isteri saya terjatuh di dalam kolam ini. bolehkah pari2 bawakkan isteri saya keluar?

Pari2 pun masuk ke dalam kolam dan membawa Hana Tajima keluar



Pari2: inikah isteri kamu?
Abu: (dalam hati menidakkan) iya *sambil menangis kegembiraan*

Maka, tinggallah Aminah di dalam kolam selamanya dan Abu pun hidup bersama Hana Tajima. Habis dah cerita. Hahahahaha.


P/s: Dalam jujur-jujur bila dah nampak perempuan cantik hilang entah ke mana jujurnya :P



Photobucket



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails