Wednesday, July 27, 2011

Perindu RAMADHAN dulu2....



Bulan yg di nanti makin mendekati ,

Rindu para hamba pencinta sufi ,
Penghulu segala bulan lagi di berkati ,
lebat berguguran RAHMAT turun menghujani .....

Hamba yg berjiwa abid tahu keindahan nya ,
Merasai cuaca jiwa mendingin sukma ,
Di rantai nya syaitan di tutup pintu neraka ,
Terbuka pintu syurga melambai penghuni nya .....

Pengharap kesufian meminta SABAR ,
Pengharap pengampunan x putus ber ISTIGHFAR ,
Pengharap petunjuk hidayat memohon SINAR ,
Pengharap keredhoan merayu MENDAMPAR ......

Alangkah istimewa nya bulan ini ,
di kurniakan LAILATUL QADAR yg tersembunyi ,
Menjadi impian buat hamba yg mngetahui ,
Pasti menemui jika IKHLAS meliputi .......

Bulan RAMADHAN bulan QURAN ,
Kalam nya tuhan yg tiada keraguan ,
sebati lah lisan melafaz tenang ,
siapkan azam moga beroleh khatam ......

Demikian ini lah yg di nanti perindu ,
Bulan TARBIAH mendidik nafsu ,
Moga RAMADHAN ini lbih baik dri yg lalu ,
Makin indah makin me RINDU .......


"perindu RAMADHAN duLu2 "

credit to Retrowan Sufi



Photobucket




Thursday, July 14, 2011

Lucky, huh?

Dear Belog....


Owh em geee!!!


You know what?


How lucky she was that she had been stalked by Hana Tajima who is a woman that have inspired almost all Muslim women in the world with her cool, creative and so fashionable yet still in a modest style.


Yeah, I really admit that she is very lucky.


Besides, Hana also have posted her photos in her blog Stylecovered...


Ya ya, I know that my friend, Shida Davis is so stunning and I really admire her style too.. Hee...


*Owh, I wish I can be just like her....*


Here is a photo of Shida Davis...




I told ya, she is stunning ^____^
Photobucket





Tuesday, July 12, 2011

Demam Kuning~

Dear Belog....


Motif? Rantai tu kaler KUNING. hikhik


Sepanjang minggu lepas bukak je muka buku semua dok kecoh pasal BERSIH. *BERSIH apa pulak ni? ada kempen memBERSIHkan negara ke?* Bukan la, tapi perhimpunan oleh parti pembangkang tuh... Katanya nak dapatkan balik pilihanraya secara bersih... Itu yang mereka kata la.


Kat sini aku bukan la nak memihak pada mana-mana parti cumanya pada pendapat aku, tak salah nak mendapatkan hak sebagai rakyat tu tapi jangan la sampai menyusahkan orang lain. Kawan-kawan aku yang dok study kat oversea pun nangis tengok keadaan Malaysia masa tu. Masa BERSIH tu, ramai duk berpesan jangan join Kuning, tapi pada masa yang sama ada jugak Konsert GIG DiGi kat I-City. Tema dia warna kuning jugak. Hmm, habesla orang ramai confuse yang mana satu join BERSIH dan yang mana satu la yang join konsert tu? Sama-sama kita fikirkan....


Kat sini jugak aku nak bagitau yang aku ada ramai kawan yang "BERSIH" dan juga yang "tidak pada BERSIH". Masing-masing mempertahankan keyakinan masing-masing. Manusia bertindak atas apa yang mereka fahami, alami dan yakini. Maka aku menghormatinya. Cuma jangan jadikan ia sebagai punca untuk suburkan sifat MAZMUMAH. Kalau betul mereka bukan yang benar, sama-sama kita doakan agar mereka mendapat kebenaran. Kalau betul mereka dalam kebenaran, sama-sama kita doakan agar mereka sentiasa dalam kebenaran. Peace yo!!!!


P/s: Aku heran. Manusia mandi guna air BERSIH, minum air BERSIH, makan pun guna air BERSIH, tapi kenapa hati tak BERSIH-BERSIH lagi? T___T



Photobucket



Thursday, July 7, 2011

This is funny. Oh yes, my name is not Funny!

Dear Belog...


Hari ni ada la satu kisah di group yang aku selalu masuk. Nama group tu Warung Malaya. Group ni sangat happening dengan ahlinya yang kini sudah pun mencecah puluhan ribu orang. Tak percaya? Klik sini. Tapi, bukan pasal group tu yang aku nak cerita, sebab kalau nak tau pasal group tu lagi lanjut, masuk la link tadi dan refer docs yang ada ye. Kat docs tu korang boleh tau macam-macam. Apa yang aku nak kongsikan ada la seorang ahli ni. Nama FB dia ialah Encik Right [ER] dan komen-komen beliau hanya satu iaitu "Betul....". ER tu pun post kat group dan conference yang terjadi antara ER, aku dan juga lagi seorang admin yang bernama Edy Ersz [EE] adalah seperti di bawah:

Encik Right
Btul....



Adehhh, seriously bila tengok respond Edy tu memang aku dah guling-guling nak terburai isi perut keluar air mata semua ada. Kreatif jugak member aku sorang ni. Sekali keluar jugak perkataan lain dari Encik Right tu. Tu je lah ye, sorry kalau post ni agak melampau ke ape... Ku susun 20 jari kaki n tangan sekali.... Kbai.

Photobucket





Wednesday, July 6, 2011

Omai!!! Surat ini sweet...



As salam u..
Maaf la ganggu u. I tulis surat pelik ni pun sebab ada hal penting ni nak beritahu u. Jangan risau..surat ni tak panjang tapi boleh la nak sampaikan apa yang terbuku di hati i..(ouch..ayat xleh bla..hee)

I lepak kat Mall sepanjang hari ni..orang takde kerja macam I ni memang kadang-kadang buat kerja gila macam tu. Tapi tak berapa nak gila la sebab i cuma duduk je kat situ. I tak terkinja-kinja melompat-lompat tergedik-gedik depan aweks yang hot-hot bagi member-member i. Kat dunia ni memang la u & kawan-kawan u nampak hot depan we all yang bukan suami or adik or abang u all. Tapi kat akhirat nanti, I harap u all yang hot-hot ni tak menyesal atas perbuatan u all. Biar cool di dunia, jangan hot di akhirat. FAHAM KAN maksud i?

I asyik perhatikan orang je…style u all tutup aurat u all yang memang Allah dah tetapkan untuk ditutup & hanya untuk tatapan muhrim u all memang PELIK la…seriously I SWEAR totally PELIK!

I hormat u all yang baru nak belajar pakai tudung at least u all sedar juga tuntutan atas u all tu kan.

TAPI I nak share juga something yang pelik di pandangan mata I. JAP! Ini bukan nak menjatuhkan semangat u all nak berubah jadi ‘baik’ cuma nak u all BUKA mata sikit, LAPANG dada sikit, TENANG jiwa sikit dengan apa y I nak sampaikan ni..

1. tutup aurat biar dengan pakaian LONGGAR

I hormat la kat u all yang memang pakai longgar-longgar ni. TAPI I pelik la kenapa tudung je yang longgar??? Sampai dah boleh tutup mata dah longgarnya tu. I nak kata “maybe diorang ni nak pakai purdah kot..” pun tak boleh sebab purdah tutup mulut & hidung..kan? (correct me if I’m wrong k.. :D )


OK..tak kisahlah tudung u all tu longgar, tapi kenapa BAJU sangat FIT sampai boleh nampak kesan baju u yang ‘tuuut’ tu??? I cadangkan tudung u yang asyik melilit-lilit 5 6 kali kat kepala & leher tu labuhkan sikit supaya tutup bahagian dada. I bagi cadangan je, tak nak terima takpe coz I tau u all ni semua jenis yang tahu pakai tudung, that’s why boleh duk lilit banyak-banyak kali kain tu kat kepala.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada


  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan


dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur : Ayat 31)

KALAU u all baca dalil ni, I tak rasa yang kebanyakan lelaki kat MALL tu bapak, adik, abang, or seangkatan dengannya pada u kan? SO kenapa ye boleh dedahkan pada we all yang lelaki ni? PITY US! Huu

2. tak perlu BERLEBIHAN.

OK..gurlz, sanggul u all tu tak perlu nak tinggi SANGAT lah kan…sangat pelik la! :D sama je semua rambut juga kan?

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

3. tak perlu VOGUE sangat.

I tengok lately ni u all pakai tudung mesti ada hiasan tambahan. Hiasan tu pastinya yang menarik perhatian dah nama pun perHIASan kan? U all akan letak kerongsang yang berantai panjang tu di atas sanggul. Tak cukup dengan itu u all akan letak hiasan tu atas kepala dan terjuntai di dahi u all macam ‘hindustan style’.

SENANG CERITA banyak lagi lah cara penutupan aurat u all yang I duk perhatikan je. BUKAN sengaja tengok. Dah u pakai semua tu memang nak tunjuk kat boys macam we all ni kan? Mesti u all nak cakap “kalau xsuka tak payahlah sibuk nak tengok” Meh sini I nak balas statement pedas u all tu. We all the boys memang kalau boleh tak nak tengok. TAPI kalau dah bersepah versi u all kat seluruh alam ni, mana nak letak bebolah mata we all ni? Dalam kocek u all ke? PEACE! :D

SEBENARNYA lah kan. Islam itu mudah, simple, cantik, indah. Tuntutan yang mudah iaitu menutup aurat agar u all nampak cantik. Biar simple tapi indah.

I tak KISAH la macam mana sekalipun cara u all nak belit-belit tudung tapi yang perlu ditutup mesti ditutup. Kalau belit 7 8 kali pun tapi bahagian dada masih terdedah, its NO USE la dear. Ada hikmah tau bila Allah suruh tutup bahagian dada. Nak ke we all yang nakal-nakal ni tengok je u all punya tu n ‘labelkan’??eeuuu…I pun xsanggup la der~ Bila we all yang nakal-nakal ni da mula gersang tengok u all punya tu, u all nak bertanggungjawab ke kalau-kalau ada antara we all yang buat benda tak senonoh untuk puaskan nafsu masing-masing???

I tak KISAH la apa sekalipun jenama jeans, seluar, skirt yang u all nak pakai tapi yang ditutup mestilah ditutup dengan betul. I ulang ye statement tutup dengan betul. Kalau u all pakai seluar panjang sekalipun tapi fit sampai we all boleh nampak bentuk peha u all tu dan kira berapa lapis lipatan lemak u all tu, its NO USE la dear.

TAPI kena ingat, menutup aurat bukan hanya menekankan isu pemakaian je tau. Ianya juga melibatkan isu akhlak. Jika u all tutup aurat tapi perangai masih seperti orang yang tidak menutup aurat, tak berbaloi.

I tau u all mesti nak cakap I ni boy yang tak advance langsung kan? Macam KOLOT..hehe terpulang pada u all la. Yang penting I dah sampaikan pada u all apa yang I nak sampaikan. Kalau rasa PEDAS, minum air..minum air tu maksudnya buat perubahan. Biar perubahan itu sedikit tapi berterusan. Biar nampak hipokrit di hadapan manusia, asalkan Allah tahu niat kita ikhlas berubah kerana-Nya. JIka perubahan itu seikhlas hati kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan urusanmu. Segala yang susah akan dapat dihadapi dengan mudah, jika terasa lemah kita akan dapat rasa semua itu kerana Allah..wahhh..I tak sangka I akan ucap ayat ni..hehe

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan takwa ialah sebaik-baik pakaian untukmu”(Al-Araf : 27)

Pandai-pandai la u all fikir guna otak & AKAL yang ALLAH bagi kat u all tu ye.

Wallahu’alam~

Sumber: Facebook mane tah. Lupa nama tuan FB.
Photobucket


Tuesday, July 5, 2011

Romantic, huh? ^__^


A : "weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3 kali sehari,love of my life (sambil buat muka minta kaki)"

B : "oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)

A : Bestnya, banyak credit lover kau?

B : taklah ni connection wire-less

A : (muka tak puas hati) hmm.. pukul berapa dia call?

B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

B : T_____T


Photobucket



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails