Saturday, March 24, 2012

Nak masuk TVAlhijrah *gedik style*

Dear Belog....


Semalam masuk facebook Elly, tetiba ternampak iklan ni,





Masa tu tak tekan play lagi. Lepas dah mula tekan play, aku asyik tekan replay dan cakap dalam hati, "Ya Allah, comelnya iklan ni" Dah la pengacara dia Elly and Jo Yee ni comel. Gandingan yang sangat sesuai. Pastu rancangan ni memang aku minat. Dia ala-ala remaja gitu. Aku pun terus keep on replaying video tuh sampai lebam dan mula berangan nak join program camtu.


Tiba-tiba aku bukak facebook aku tadi dan nampak iklan ni kat 1 group yang aku jadi salah sorang admin iaitu Warung Malaya, ada pengumuman yang tertaip begini:


‎::PENGUMUMAN..!! Warung Malaya akan mengadakan aktiviti bersama KELAB REKREASI UNIKL BMI pada 25hb MARCH 2012 [AHAD] Antara acaranya:- Waterfall Repelling dan BBQ, Aktiviti akan dibuat dari jam 9.00pagi hingga 4.00ptg (dtg awal ) Bertempat : Sg Pisang,Gombak Aktiviti ini akan di shoot oleh TVAlhijrah utk rancangan -GEN 21 BAYARAN : RM10/Seorang


Ya Allah, aku macam seronok sangat. Mana taknya. Semalam baru duk eksaited sebab Elly and Jo Yee jadi pengacara Gen 21 dan aku dah mula berangan, "bestnya kalau dapat join rancangan Gen 21 tuh...". Nah, Allah tu kan Maha Mendengar. Keajaiban sudah berlaku di situ. Baiknya Tuhan kita kan? ^_^


Ehem, ada tak kawan-kawan saya nak join program ni? Jom la sama-sama :) Boleh masuk tv. TVAlhijrah tuuuu. Ehe *happy happy eksaited*

Oh, perlu ke taruk gambar ku? Harus la. Belog aku, Tapi muka ni tak commercial langsung nak masuk tv *dang*


 P/s: Be Grateful. Tuhan itu Maha Baik :) Kalau orang buat baik kat kita, kita balas jasa baik dia kan? Dengan Tuhan kena la balas berkali-kali ganda jasa baikNya. Hee :)

Photobucket




Thursday, March 22, 2012

Aku jadi Incredible Hulk hari ni...

Dear Belog....


Rajin pulak aku menghapdet belog ni akhir-akhir ni ye. Nape yeh? Hmm, tak salah kan kalau aku nak hidupkan balik belog ni? Suka hati aku la, belog aku. Tak kira la ada orang nak baca ke tak. Hee. Aku menaip entry ni sambil melayan lagu Akidah Sudah Rosak dari Mawaddah. Memang terkena batang hidung semua bagai la *err, merapu-rapik sudah. Teruskan menaip wahai Apjan*


Oke. Tadi dalam pukul 3 petang lebih camtu mami ada masuk bilik aku. Masa tu aku tengah mengadap laptop. Mami pun panggil lalu aku pun menoleh dan mami pun berkata :


Mami: Ya Allah! Terkejut mami...
Aku: *sambil-sambil membelek muka sendiri dan tersengih* eheheheheh.


Nak tau kenapa mami terkejut? Mau tak terkejut. Masuk-masuk bilik je bila aku toleh terus nampak muka aku macam ni


Ekekekeke, comel pulak aku tengok muka aku time nih

Aku rasa normal kot kalau orang ternampak muka aku akan terkejut. Tu baru siang kan? Oke, teruskan perbincangan yang tergendala tadi


Aku: Ye mami?
Mami: Pakai purdah tak wajib kan?
Aku: Nape mami?
Mami: Takde, kawan mami tanya tadi. Pakai purdah tak wajib kan bagi kita yg mazhab Shafie?
Aku: Aah *err, tu je yg aku mampu jawab*


Oke, nak tau lagi lanjut pasal pemakaian purdah ni? Aku tetiba nak ambik tahu jugak. Dah alang-alang mami tanya, lalu aku pun terus pergi kat Pakcik Google dan terus taip "Hukum pakai purdah" dan keluar banyak jugak la info. Tetiba mataku tertarik kat satu link ni. Kiranya lebih pada soalan kepada Ostat Azhar Idrus yang semakin meningkat naik selain daripada Ostat Don *rindu nak belajar dengan Ostat Don lagi* tu. Soalannya macam ni,


Assalamualaikum Ustaz.


Apakah hukum berpurdah bagi muslimat & keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.


Ostat Azhar Idrus pun jawab gini,


Wa'alaikum salam.


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.


Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.


Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.


Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.


Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.


Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.


Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.


Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.


walahua'lam 





Kesimpulannya, tepuk dada tanyalah iman. Masing-masing dah besor and mampu fikir mana yg baik dan mana yg buruk kan? Cumanya, bagi aku once kita dah berpurdah ni istiqamahlah dan jaga tingkah laku. Eh, baru aku perasan. Tajuk entry ni tak sesuai langsung dengan pengisian. Aha aha ahahaha.


P/s: Kalau pakai masker hijau tu kat luar orang still nampak mata kita je kan? Ekekeke. Gurau jer ^_*


Photobucket




Wednesday, March 21, 2012

Yang kita fikir, tapi lain kata pakar

Dear Belog...

Comel kan dia? Comel kan dia? Hmph, admit je la yg dia memang comel


Entri kali ni aku nak share something dari belog cik Dena Bahrin *omai, siyesly aku sangat2 adore dgn dia. mungkin sebab dia comel, stylo dan kata-kata dia kebanyakannya bagi semangat. YOSH* tentang mitos mungkin. Kadang-kadang apa yang kita tau tu tak semestinya betul. Sebab tu kita kena kaji selidik research *oit, apjan. research ngan kaji selidik bukan sama je ke? rajin betul nak guna dedua* bebetul. Baru la tak memudaratkan. Bak kata Ostat Yosef yg ajar aku subjek Islamic Legal Maxim,

"Harmful should be remove"

Err, aku lupa ni maxim ke berapa *padahal exam abes tak sampai sebulan kot* tapi yg penting maksudnya kat sini kerosakan itu mestilah dibuang. So, maxim tu aku nak relate dengan entry kali ni yang berkaitan rambut. So, let's check it out.



HENDAK MEMILIKI RAMBUT CANTIK BERSERI MACAM BARBIE DOLL ? (Imbau ayat bahasa Melayu SPM dulu dulu,aiceh) HAKIKAT DI SEBALIK MITOS MENGENAI MAHKOTA WANITA OLEH SEVEN PAKAR TERBAIK DUNIA.

Yang ke First :
SIKAT RAMBUT 100 KALI SEHARI MENJADIKAN RAMBUT LICIN DAN MUDAH DIURUS.

AAA ;O 100? Tak pernah dengar pun , Kalau buat mahunya gila kental muscle tangan I wehhh.Tipu je mitos ni . Kata pakar , kalau kita sikat banyak kali guna sikat yang tak elok akan buat rambut kita senang rosak. Ala aku tak pernah ambik tahu -_- mana nak tahu? Setiap helai rambut kena licin mengurai ye , haha ayat tanak kalah , And katanya lagi , sikat je rambut selalu tapi bila dah terurai rapi.STOP COMBING YOUR HAIR !

Yang ke Second :
BILA RAMBUT TERASA KASAR , MEANS IA DAH ROSAK.

WRONG! Pakar kata ada kaedah nak uji.
Caranya begini kalau nak tahu rambut rosak ,



  • Tarik segumpal rambut and masukkan dalam segelas air . Kalau rambut you all itu timbul ,maknanya sihat.Kalau tenggelam , rambut korang perlu dirawat. HAH CEPAT PERGI AMBIK CAWAN LETAK AIR PAIP TARIK RAMBUT. YANG BOTAK TU,DUDUK DIAM DIAM. HEHE


CARA NAK BAIKI : buat treatment sekali seminggu , alaaa pokai la. Or you can use minyak zaitun dara , Just sapu kat rambut.Tunggu sejam then boleh bilas. Then the best jangan selalu pakai cekak or ikat rambut,nanti rambut yang rosak tu lagi bughok.Kalau degil nak pakai jugak,sikat rambut perlahan lahan.

Yang ke Third :
KULIT KEPALA AND RAMBUT LAGI BERSINAR KALAU CUCI DENGAN AIR SUAM.

Tettt salah ! Pakar kata pakai air panas keringkan kutikel (pergi google) , air sejuk pulak kunci lembapan and kilatkan rambut. So , kalau pakai air suam , bilas balik dengan air sejuk untuk shining like a star! Fuyyoh.

Yang ke Fourth :
KERINGKAN RAMBUT DENGAN HAIR DRYER KURANGKAN KERINTING HALUS.

Wrong , Using hair dryer make things even worse . Elak kan pakai hair dryer , fuhh nasib baik Hair dyer hilang. Nak rambut lawa , biar je rambut tu kering sendiri and perah air lebih kat rambut tu pakai tuala dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang heh. Then lastly , pakai sikat yang gigi jarang errr yang laki selalu pakai tu or berus rambut asli supaya rambut tak rosak.

Aku nak bagi empat je. Ni pun aku tenga fikir patlimanam kali ada tak orang nak baca.Takpe, takde siapa I pasrah. Ceceh feeling pulak apjan ni T_T heh heh THOMAS TAW kena bagi aku komisyen sebab iklankan benda ni . Tapi I pakai pantene kaler ijau la Thomas.

Bye ! Nak pergi celup rambut bagi dia terapung !

p/s: yg baik tu ikut, yg buruk tak yah ikut. ada paham?


Photobucket




Monday, March 19, 2012

The Veil

Dear Belog....







With my veil I put my faith on display, rather than my beauty. My value as a human is defined by my relationship with God, not by my looks. I cover the irrelevant. And when you look at me, you don’t see a body. You view me only for what I am: a servant of my Creator. ” ~Yasmin Mogahed





Photobucket




Sunday, March 18, 2012

Kebaikan Huffaz Al-Quran :)

Dear Belog...

Ihsan dari FB Fedtri Yahya


MasyaAllah, sangat suci bersih wajah budak tahfiz ni. Beruntunglah seseorg yg menjadi hafiz atau hafizah ni sbb mereka akn dpt 2 ganjaran. Dunia dan juga akhirat:

Pertama : Ganjaran di dunia.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .
2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.
4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Kedua : Ganjaran di akhirat

1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

*berbahagialah keluarga yg mempunyai anak yg dekat dgn Al-Quran*

Pssttt... Forget Mr. Right, look for Mr. Righteous instead ^___^


Photobucket



Saturday, March 17, 2012

Sweetnya Tuhan kita ^^

Dear Belog...




Kita tak akan tahu kesedapan gegula lollipop selagi kita tak rasa gegula ni. Sama juga. Kita tak akan tahu indahnya agama kita selagi kita tak ikut betul2 perintah Allah. Ni ambik sikit2, mana nk rasa bestnya. Bila dah rasa sedap tu, share2 la dgn kawan yg lain tau. Itu lah dakwah namanya. :)

P/s:  Allah tu kan sweet. Sebab tu la Dia jadikan agama seindah Islam ^^

Photobucket




Friday, March 16, 2012

Cuakness =='

Dear Belog...

Gambar Hiasan - muka cuakkah ini?


O FB, please please please don't...
Don't make me cuak, kayh.
I'll not forgive you on your misbehave...
Every time I stalk *i'm not a true stalker except for a person that I love most* my friends' FB with timeline what-so-ever stuff, I am carefully not to click "Get Timeline Now" button...
I just love the way my FB page is currently...
I hate changes...
But, today there's a thing that makes me cuak..
It happened when I click the notification of a comment of a friend of mine it suddenly being like this



It gets me nerve because I think that my FB has change.
After that, I clicked on my profile and this is the view




Alhamdulillah, it's not changing. Phewwww....

P/s: I love the old FB....
Photobucket


Tuesday, March 13, 2012

Falsafah Cinta 5 Jari...



Pasangan anda adalah anugerah yg tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yg lain dipertemukan di hujungnya.

1. Ibu Jari

Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2. Jari Telunjuk

Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.

3. Jari Kelingking

Cuba pula buka jari kelingking yg paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

4. Jari Manis

Dan sekarang, cuba buka jari manis, yg mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yg dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kecuali Yang Maha Esa.. Anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama. Jadi, hargailah pasangan anda!

KESIMPULAN

Perkahwinan yg menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yg menanti di sana. Syurga dunia ini lahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yg terkandung di dalamnya.

Firman ALLAH SWT yg bermaksud:

“Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang dan rahmah.” – Surah Ar-Ruum (30) ayat 21.

P/s: MasyaAllah, baru kutahu kenapa ianya dinamakan Jari Manis kerana kejadiannya begitu SWEET sekali. Sememangnya Allah itu Maha Sweet ^__^

Photobucket


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails