Thursday, March 22, 2012

Aku jadi Incredible Hulk hari ni...

Dear Belog....


Rajin pulak aku menghapdet belog ni akhir-akhir ni ye. Nape yeh? Hmm, tak salah kan kalau aku nak hidupkan balik belog ni? Suka hati aku la, belog aku. Tak kira la ada orang nak baca ke tak. Hee. Aku menaip entry ni sambil melayan lagu Akidah Sudah Rosak dari Mawaddah. Memang terkena batang hidung semua bagai la *err, merapu-rapik sudah. Teruskan menaip wahai Apjan*


Oke. Tadi dalam pukul 3 petang lebih camtu mami ada masuk bilik aku. Masa tu aku tengah mengadap laptop. Mami pun panggil lalu aku pun menoleh dan mami pun berkata :


Mami: Ya Allah! Terkejut mami...
Aku: *sambil-sambil membelek muka sendiri dan tersengih* eheheheheh.


Nak tau kenapa mami terkejut? Mau tak terkejut. Masuk-masuk bilik je bila aku toleh terus nampak muka aku macam ni


Ekekekeke, comel pulak aku tengok muka aku time nih

Aku rasa normal kot kalau orang ternampak muka aku akan terkejut. Tu baru siang kan? Oke, teruskan perbincangan yang tergendala tadi


Aku: Ye mami?
Mami: Pakai purdah tak wajib kan?
Aku: Nape mami?
Mami: Takde, kawan mami tanya tadi. Pakai purdah tak wajib kan bagi kita yg mazhab Shafie?
Aku: Aah *err, tu je yg aku mampu jawab*


Oke, nak tau lagi lanjut pasal pemakaian purdah ni? Aku tetiba nak ambik tahu jugak. Dah alang-alang mami tanya, lalu aku pun terus pergi kat Pakcik Google dan terus taip "Hukum pakai purdah" dan keluar banyak jugak la info. Tetiba mataku tertarik kat satu link ni. Kiranya lebih pada soalan kepada Ostat Azhar Idrus yang semakin meningkat naik selain daripada Ostat Don *rindu nak belajar dengan Ostat Don lagi* tu. Soalannya macam ni,


Assalamualaikum Ustaz.


Apakah hukum berpurdah bagi muslimat & keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.


Ostat Azhar Idrus pun jawab gini,


Wa'alaikum salam.


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.


Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.


Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.


Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.


Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.


Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.


Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.


Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.


walahua'lam 





Kesimpulannya, tepuk dada tanyalah iman. Masing-masing dah besor and mampu fikir mana yg baik dan mana yg buruk kan? Cumanya, bagi aku once kita dah berpurdah ni istiqamahlah dan jaga tingkah laku. Eh, baru aku perasan. Tajuk entry ni tak sesuai langsung dengan pengisian. Aha aha ahahaha.


P/s: Kalau pakai masker hijau tu kat luar orang still nampak mata kita je kan? Ekekeke. Gurau jer ^_*


Photobucket




2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails