Dear Belog...
Huru hara? Haru biru? Lagi ape istilah yang sesuai eh? Kelam kabut? Serabut? Dan yang sewaktu dengannya. Huhu. Nak jadi cerita, semalam [kira semalam la kan sebab sekarang dah masuk ari sabtu kan?] daku teman Munirah a.k.a Anis [lupa mane datang nama anis tuh, hehehe] ke PWTC. Katenya nak tengok peristiwa seperti di bawah ni...
Oleh sebab Anis ni kata dia tak berapa berani sangat parking kereta bila sorang
[err, agaknya daku ni punya aura yang boleh jadikan orang terus terer parking. mungkin...] jadi dia pun mencadangkan daku untuk teman beliau. Daku pun tunggulah di KL Sentral sambil-sambil cuci-cuci mate membeli belah tingkap aje. Mood sekarang tengah kudukut nak keluar duit
[sebab nak simpan duit untuk beli tudung Ilsya Hijab..dah berkenan tahap Gaban dah ni...huhuhu].
 |
| budak chumel ini is wearing Pale Purple |
|
 |
| Tokei2 Ilsya Hijab. Mereka la tokei, mereka la model |
Anis pun sampai dan kami terus ke The Mall untuk parking, dan lepas tu berjalan ke PWTC. Selepas itu kami bergerak dari satu booth ke booth yang lain. Selesai isi-isi borang, kami pun ke The Mall untuk makan, sebab lapar do. Settle makan tiba-tiba Anis buat muka kesian dan berkata,
"Afzan, kunci kereta tak de..."
Daku mula cemas, tapi cuba tahan sebab tak nak bagi Anis berkali-kali ganda lebih cemas. Daku pun berkata,
"Ada dalam beg tu, try cari balik..."
"Tak de la, afzan. Rasa macam tercicir kat PWTC je..."
"Ye? Oke, oke. Jom kite gi sana balik..."
Sampai sana, kami naik atas, pastu turun bawah. Gi tanya customer service [kot...tak tau nak panggel ape, hee]. Tapi menghampakan....
"Anis, jom kite naik surau gi smayang..."
"Skarang pukul brape?"
"2.30. Kite rehat-rehat dulu, tenangkan fikiran..."
Duduk rehat jap, pastu baru solat....
"Anis, jom kite gi kat booth nak?"
Anis pun follow. Masuk-masuk terus daku tarik tangan Anis ke booth Etiqa Takaful...
"Afzan, tu kunci. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat..."
Fuhhhh, lega selega leganya. Moral? Tuhan nak suruh kami muhasabah diri balik. Bila kita lupa Tuhan, kejap je Tuhan boleh tarik nikmat. Huhu, dapat cash terus tu. Lepas solat, mengadap Tuhan baru Tuhan bagi balik apa yang kita hilang tapi jangan la pulak lupa nak bersyukur sebab semua tu dariNya. Betullah, hikmah itu indah. Kan? *wink*
Dah jumpa tu, terus la kami nak ke The Mall balik tapi malangnya hujan lebat. Bila hujan dah mula ringan, kami pun terus ke tepi jalan. Basah? Lencun? I redha, I redah je. Masa kat tepi jalan sebelum nak melintas, daku tak de payung. Tiba-tiba ada pulak orang cina sebelah yang baik hati dan terus jadi situasi bawah ni,
 |
| atas kepala kami itu adalah kertas mahjung, sekian. |
Anis terkejut, yang daku lebih lagi. Tapi alhamdulillah, semuanya dari Allah. Nak lindung dari basah banyak Hohoho. Papepun, terima kasih Encik Sepet. Okela, dah kering idea dah ni. That's all thot!
P/s: Ini entry second last sebelum daku menyepikan diri. Cuti nak abes dah. Masuk kolej balik nanti dah tak boleh nak hapdet-hapdet dah. Tapi takpe, minggu ni daku kerap hapdet, hoho