Tuesday, August 31, 2010

10 malam terakhir

 Dear Belog...

Nothing to post actually, cumanya nak jerit kat sini

Diriku disirami cahaya. Tapi kalau Lailatul Qadar mestinya malam yang penuh dengan cahaya iman (",)

Kawan-kawan semua!!!
Yok usaha sungguh2 seploh malam terakhir ni....
Ikhlaskan hati masa dating dengan Kekasih...
Moga-moga tahun ni dapat ketemu dengan Lailatul Qadar..
Nak tunggu tahun depan, belum tentu kita dapat jumpa balik dengan Ramadhan...

P/s: Highway lengang di malam seploh terakhir Ramadhan sebab ramai orang berebut-rebut nak cari lailatul Qadar... ^^,

Photobucket



Photobucket

Monday, August 30, 2010

comel sungguh peristiwa....

Dear Belog...

Ini saya dan Kak Kina

Ayuh lihat komik bergambar tentang kami [terpulang pada anda mau bikin dialog ape ye...]
Kami yang...
Kanak-kanak ribena lagikah? huhu
Kumpulan marhaban baru. Untuk sebarang jemputan sila hubungi 013-212****
P/s: Macamana la saya boleh tersalah dengar antara no 2 dengan no 22. Kan dah termalu sendiri hari ni... Huhuhu

Photobucket




Photobucket

Friday, August 27, 2010

Wahyu Pertama

Sebut je pasal WAHYU PERTAMA apa yang bermain di fikiran korang? Apa dia? Segumpal darah? Hah? Surah Al-Alaq? Hmm, bijak bijak. Jadi, apa kena mengena Segumpal Darah dan Surah Al-Alaq tu? Senang cerita nak cakap yang hari ni Nuzul Quran. Jadi, kita cutiiiiiii [afzan, kau silap. kau tak cuti pun. ingatlah yang kau akan pergi kerja sebentar lagi] Oh, ye. Saya kerja [redha dengan muka sedih, huhu]. Apa jadi ye masa Nuzul Quran ye? Malas la nak cerita panjang-panjang. Just kongsi kat bawah ni je. Baca tau. Baca tau [afzan suka memaksa, haha.. don't try this at home.. lalalallalalala]

Terbuka luas kubah langit
Tujuh belas Ramadhan al Mubaraq
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah

Bagaikan petir menyambar Gua Hira'

Jibril menghulurkan watikah dari yang haq

Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama

Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama

Dan bermulalah kehidupan Rasulullah

Menyampai amanah
Dari Tuhan yang memerintah cakrawala
Ditaat disembah

Dan bersaksilah pada dua kalimah

Nan tergantung dikemuncak 'arasy'

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

Yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang pemurah
Yang mengajar insan dengan kalam

Terbuka luas kubah langit

Detik gemilang wahyu pertama 

Akhir kalam, SALAM NUZUL QURAN....

Photobucket





Photobucket

Saturday, August 14, 2010

Imperfections

Dear Belog...



There is a part of me, which I'm not ready to part with just yet.
It takes no brainer to figure out which part exactly.

If only I could hide everything like I hid my imperfections behind my hair.

Some people annoy me without even having to blink - let alone speak.

I curious,
How does it feel?
Is it possible that my life now is both difficult and beautiful at the same time?

It does not to do dwell on dreams, and forget to live.

One day my pain will become my cure.

I have so many things to say but I have no time..

Photobucket




Photobucket

Thursday, August 12, 2010

Diari Ramadhan Afzan....

 Dear Belog...

Kisah diari Ramadhan Afzan ni sangat-sangat lah berlainan dengan Diari Ramadhan Rafiq ye. Sebab Afzan bukan dari Holland [err, Rafiq dari Holland ke? meraban je kan Afzan ni?] , walaupun nenek moyangku berasal dari Holland, huhu. Hari pertama Ramadhan buatkan ku tersenyum. Kenapa? Sebab inilah masanya yang ditunggu-tunggu. Inilah bulan yang benar-benar ingin diraikan. Di bulan ini adalah satu-satunya bulan yang ingin ku kecapi kehangatan serta keindahannya. Sesungguhnya saya sangat-sangat rindukan Ramadhan [bukan Ramadhan budak sekolah ku ye, hehe]

Sebenarnya masa mula masuk bulan Ramadhan [iaitu pada 10 August jam 20:25] handphone ku menjerit-jerit minta dibukakan message. Lepas saya bukak je dan baca message tu saya tersenyum sebab message tu sangat UNIK dan MENARIK. Messagenya berbunyi begini:

"Salam... Nama saya Sya'aban...Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar... Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan... Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines... Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala berlipat ganda!!!"

Owh, comel sungguh message ini. Kreatif juga. Siapa la yang reka message tu ye? Kalau la saya tau, memang saya nak berguru dengan beliau. Berbakat sungguh la beliau ye. Kalau saya, nak buat ayat memerlukan satu momentum yang kuat untuk menggerakkan saraf otakku untuk lebih berfungsi [apa yang aku merapik ni, huhu].

Oke, stop situ. Ha, macam mana 1st day puasa? Saya 1st time berpuasa kat tempat kerja. Dapat pulak shift malam, tak dapat nak bukak puasa dengan family kat rumah. Tapi, macam-macam pe'el staff tempat kerjaku masa 1st day Ramadhan. Antaranya tentang H dan N. Ceritanya begini:

H - agaknya common la staff lelaki tempat kerjaku ni bergelumang dengan rokok. Sampaikan bila 1 hari tak dapat rokok [sebab puasa], boleh H tanya saya "Wehh, bibir aku merah tak? Aku tak hisap rokok lagi ni..."

dan mukaku jadi mcm ni ---> -_-"

N - saya mintak tolong N tapaukan makanan untuk berbuka. Tapi saya tak tau nak makan apa, dan kak R pun cadangkan la kat N bawak saya sekali. Nanti boleh saya pilih makanan. Nak tau apa jawapan N? Jawapan dia, "Tak boleh bawak perempuan. Nanti batal puasa saya. Bawak lelaki tak pe..."

dan mukaku jadi mcm ni ---> -_-" jugak....

Adoyai~ memang hari ni muka saya asyik macam ni ---> -_-" je....

Ini bukan wajah yang -_-" tapi background yang -_-"
 Nota kaki: Nak bulan Ramadhan setahun boleh tak? Huhu.....

Photobucket



Photobucket

Tuesday, August 10, 2010

Tak sabar....

 Dear Belog...

Tak sabar nak jumpa malam ni dengan

RAMADHAN

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula
Ramadan yang mulia

 
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi

Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala

Semoga beroleh maghfirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia


Ramadan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain

Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti

Nota kaki: Jangan lupa pegi traweh ye malam ni [tapi saya tak dapat pegi sebab keje shift malam] :(

Photobucket





Photobucket

Sunday, August 8, 2010

Hampeh....

 Dear Belog...

Haish, penat penat... Balik je kerja semalam terus bersiap nak main badminton [coz dah janji lama dah nak main ngan Kimin, kesian pulak kat anak sedara duta Jus Tok Guru tu...] Tapi, best giler la main. Habis keluar segala peluh betinaku ini [erk, adekah?].
Kimin ^^,
Ustaz Faizal.... eh eh, silap. Ni ustaz Hassan Adli Akademi Quran :P

Ha, ini baru betul Ustaz Faizal merangkap rakan sepermainan ku masa baby dulu [mami yg kata, saya tak ingat...]

Sesi perlawanan [eh, Afzan tak main ke? Oh, ye Afzan tengah snapping...]
 Yang nak diceritakan sebenarnya bukan pasal main badminton. Ianya bermula selepas main ketika ustaz Faizal membelanja saya dan Kimin makan.

Ustaz Faizal tanya pada saya tentang Al-Hijrah. Lepas tu otak saya tiba-tiba terflashback masa PR Telaga Biru cerita pasal perancangan Jakim yang nak buat stesen TV islamik. Ustaz Faizal kata Al-Hijrah tengah cari pekerja. Saya pun macam berminat dan tanya, "Ustaz, kalau diploma dia nak ambik tak?"

Ustaz pun tanya saya, "Along ambik diploma apa?"

Saya jawab, "Diploma in Business Studies," [tipu saya cakap seskema ini...]

Ustaz pun jawab, "ada..ada, diorang memang nak cari jugak lepasan business,"

Saya tanya, "kat mana ade iklan tu?"

Ustaz, "dalam metro, rm1.50 je"
Kimin pun mencelah, "akak, kalau ada jawatan pengacara rancangan remaja bagitau tau,"

Saya pun balas, "eceh, nak ikut jejak langkah Pokgi [ust fauzi mustaffa Al-Kuliyyah & Jus Tok Guru] la tu"

Dan kami semua pun gelak. Lepas habis makan, ustaz pun bayar. bila dapat baki ustaz terus bagi duit tu kat saya dan kata, "Nah RM1.50. Gi beli metro"

Saya pun pergilah beli. Masuk dalam kereta saya terus belek-belek Metro tu, tapi hampa. Langsung tak jumpa. Kebetulan ustaz telefon mami dan saya menyampuk suruh mami tanya iklan tu mukasurat berapa. Ustaz kata, "mukasurat 23..... dalam Utusan" Bertuah punya ustaz. Patut la tak jumpa-jumpa..... *sigh*

Nota kaki: baru selesai makan ikan kembong masak 3 rasa air tangan sendiri [dengan bangganya mengaku sebab semua puji sedap, hohoho]

Photobucket






Photobucket

Friday, August 6, 2010

Pandainyer.....

Dear Belog...

Teka ini siapa....


Budak kecik sekarang bijak-bijak kan? Cerdik sungguh mereka-mereka ini [err, BM saya fail. sekian]. Seperti biasa, tepat 1 tengahari saya akan rehat [memang saja pilih waktu tu, leh tunggu solat zohor terus], dan saya akan lepak dalam 7 eleven sambil main mata dengan abang cashier kat situ [oke, jangan percaya ni].

Selesai je makan, saya tengok jam tak masuk lagi zohor. Saya pun beli majalah sebab nak baca sementara tunggu zohor. Tengah best baca tu, tiba-tiba saya tertarik bila satu family ni masuk. Family tu terdiri daripada ayah, dan dua anak lelaki. Saya perhati je gelagat mereka. Perbualannya berbunyi begini:

Abang: Ayah, abang nak aiskrim....
Ayah: Ambikla
Adik: Ayah, kan mama tak bagi beli aiskrim...

Si ayah ignore je adik tu dan cakap...

Ayah: Abang ambik je aiskrim
Abang: Yeay yeay, sayang ayah...

Lepas tu terus sunyi. Tiba-tiba adik bersuara...

Adik: Ayah... adik nak aiskrim jugak...

Adoyai, waktu tu jugak aku tergelak. Comel betul la budak tu. Rugi tak ambik gambar situasi tu. Oh, lupa. Handphone kamera dah takde... Tak dapat la nak snap-snap... Huhu...

Photobucket





Photobucket

Wednesday, August 4, 2010

New life...

 Dear Belog...

Mula minggu ni, masuk la bulan baru...
Masuk bulan baru, life pun baru...
Dah mula kerja [untuk sementara je]...
Tapi, alhamdulillah...
Life is not sucks at all, haha...
Best best...
Walaupun baru 3 hari kerja tapi rasa macam dah lama pulak kerja situ...
Lagi-lagi staff semua sempoi dan best...
Ha, lupa pulak. Hari ni dapat ilmu baru...

Bila kena serang perompak yang berpistol, hadapinya dengan tenang. Ikut je arahan dia, kihkihkih

Ini rupa orang yang buat TENANG @ PEACE


Oke la, nak hapdet tu je...
Nak bersiap untuk merenung Putera Duyung, kihkihkih :P

Nak promosi kejap....
Mula bulan Ogos, Shell ada wat peraduan.
Hadiah menarik gak, hadiah mingguan tempat pertama:

BOLEH DAPAT RM300 000 [atau RM30 000 kot..confuse kejap, hehe] disertai dapat sponsor pergi ABU DHABI tengok F1

Best kan? ^^,


Photobucket




Photobucket

Monday, August 2, 2010

Apekah chumel?

Dear Belog...

Pernah tak tengok cerita Raju Chacha? Yang ada budak comel 3 orang tu. Hero dan heroin Ajay Devgan ngan isteri beliau, Kajol

 [actually saya bukanlah peminat hindustan, tapi saya adalah penagih cerita Jepun yang tegar. tak salah kan? itu adalah lebih baik dari ketagihan dadah. nauzubillah]

Entah la, tengah-tengah bukak Tube Kamu tetiba saya termasukkan keyword Raju Chacha. Oh, saya rindu pada lagu-lagu yang ada budak kecik nyanyi. Seringkali saya ulang dengar lagu-lagu itu.

[dan nak tau, adik saya kata "kak, kalau dengar lagu tu malam-malam mesti seram kan dengar suara budak kecik." dan saya terus jawab "mana ade seram" lalu saya closekan playlist window media player, huhuhu]

Wajah-wajah yang kechumelan terserlah [kecuali makhluk yang pakai shawl cekelat belang-belang itu] ^^,
 Tapi saya tetap dengan pendirian saya bahawa lagu-lagu itu sangat chumel sebab ianya didengari oleh orang yang chumel. Oke, saya tipu. Lagu itu chumel sebab ianya dinyayikan oleh kanak-kanak yang chumel. Jelesnya saya pada kanak-kanak...

Kesian......
 [dulu saya suka sebut "When I grow up,  I wanna be a kid" tapi cita-cita saya tak kesampaian.. hikhik] 

Ini barulah dikatakan hakikat kechumelan :D
Lagi tarian yang chumel, sila rujuk tarian lagu Sorry Sorry by SuJu. Saya gilakan mereka punya style dan hakikatnya saya telah pun curang pada kekasih Jepunku.. Jangan marah ha :P

Nota kaki: Hey, lupa pula. Hari ni saya dah mula kerja. Pengalaman yang kelakar, saya sangat panik bila dikerumuni clients. Huhu T__T

Photobucket




Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails