Sunday, August 8, 2010

Hampeh....

 Dear Belog...

Haish, penat penat... Balik je kerja semalam terus bersiap nak main badminton [coz dah janji lama dah nak main ngan Kimin, kesian pulak kat anak sedara duta Jus Tok Guru tu...] Tapi, best giler la main. Habis keluar segala peluh betinaku ini [erk, adekah?].
Kimin ^^,
Ustaz Faizal.... eh eh, silap. Ni ustaz Hassan Adli Akademi Quran :P

Ha, ini baru betul Ustaz Faizal merangkap rakan sepermainan ku masa baby dulu [mami yg kata, saya tak ingat...]

Sesi perlawanan [eh, Afzan tak main ke? Oh, ye Afzan tengah snapping...]
 Yang nak diceritakan sebenarnya bukan pasal main badminton. Ianya bermula selepas main ketika ustaz Faizal membelanja saya dan Kimin makan.

Ustaz Faizal tanya pada saya tentang Al-Hijrah. Lepas tu otak saya tiba-tiba terflashback masa PR Telaga Biru cerita pasal perancangan Jakim yang nak buat stesen TV islamik. Ustaz Faizal kata Al-Hijrah tengah cari pekerja. Saya pun macam berminat dan tanya, "Ustaz, kalau diploma dia nak ambik tak?"

Ustaz pun tanya saya, "Along ambik diploma apa?"

Saya jawab, "Diploma in Business Studies," [tipu saya cakap seskema ini...]

Ustaz pun jawab, "ada..ada, diorang memang nak cari jugak lepasan business,"

Saya tanya, "kat mana ade iklan tu?"

Ustaz, "dalam metro, rm1.50 je"
Kimin pun mencelah, "akak, kalau ada jawatan pengacara rancangan remaja bagitau tau,"

Saya pun balas, "eceh, nak ikut jejak langkah Pokgi [ust fauzi mustaffa Al-Kuliyyah & Jus Tok Guru] la tu"

Dan kami semua pun gelak. Lepas habis makan, ustaz pun bayar. bila dapat baki ustaz terus bagi duit tu kat saya dan kata, "Nah RM1.50. Gi beli metro"

Saya pun pergilah beli. Masuk dalam kereta saya terus belek-belek Metro tu, tapi hampa. Langsung tak jumpa. Kebetulan ustaz telefon mami dan saya menyampuk suruh mami tanya iklan tu mukasurat berapa. Ustaz kata, "mukasurat 23..... dalam Utusan" Bertuah punya ustaz. Patut la tak jumpa-jumpa..... *sigh*

Nota kaki: baru selesai makan ikan kembong masak 3 rasa air tangan sendiri [dengan bangganya mengaku sebab semua puji sedap, hohoho]

Photobucket






Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails