Monday, January 31, 2011

Apa yang patut....

Dear Belog....

Cuba kau orang tengok kat bawah ni.


Photobucket
Tengok yang dalam kotak merah itu ye. Kalau tak nampak sile check mata korang.

Yang dalam kotak merah itu jadual final exam aku. Best kan dia punya arrangement? Agak-agak aku normal lagi tak lepas abes final exam tuh?

*Ouh, apjan. Kau harus lebih fokus lepas ni*

*Hallamak, aku tak abes tasmiq [hafal surah] depan ustaz lagi la...* -_-"

*Err, muleyh tak nak lompat ari terus pada 21hb ke? huhu*

*Mule buat-buat sakit la supaya tak yah gi amek exam...*

Ehhh, ape yang aku dah merapu ni? Tak sampai sebulan lagi dah nak final exam. Dan sekarang jugak tak putus-putus dengan soalan "Eh, kau dah habes study?". Apa perasaan bila ditanya macam tu? Ye, aku buhsan lor dengan soalan-soalan yang sama ulang banyak-banyak kali. Oleh sebab aku dah buhsan, aku tak jawab dan terus aku tunjukkan ibu jariku dengan muka confident menandakan isyarat "wehhh, aku dah habeskan semua chapter..." walaupun aku belum study satu apa pun. *sengal kan? huhu*


Photobucket
Percaya tak ini adalah wajah sebelum final exam? Peliks -_-"  





P/s: Belog mungkin akan dibiarkan bersawang lagi. Jadi, sile maafkan aku beramai-ramai. T__T


Photobucket



Photobucket

Sunday, January 23, 2011

Allah is The Best :)

Dear Belog...

1stly, nak mintak ampun dan maaf sebab apa yang aku post kat belog ni mesti lewat sehari tak pun lewat 2 hari dan ade gak yang lewat seminggu. Lewat sebulan? Rasenye ade jugak. Maaf la sebab daku tak punya internet di kolej. Alasan? Line broadband celcom di bilikku sangat sengal. Kalau amek pun buat rugi je bayar tiap-tiap bulan tapi tak boleh connect. Kan?

Oke, let's proceed. According from the title mesti korang tertanya-tanya. Apa-apa je la yang aku nak cerita sebab memang dah sedia maklum Allah lah segala-galanya. Tapi, walaupun takde yang nak baca belog ni aku tetap nak kongsi. Kongsi sorang-sorang pun boleh [mood: merajok...haha].

Ceritanya begini. Macam biasa aku akan balik rumah tiap-tiap minggu. Wajib untuk bertolak hari jumaat. Tapi minggu ni aku terpaksa balik rumah hari sabtu. Sebab lecturer aku nak buat kelas ganti hari sabtu pagi. Ye, dengan berat hatinya aku stay kat rumah [dengan keadaan dua-dua roommate aku dah balik dan meninggalkan aku sesorang. Mujur ada yang teman. Credit to Zu, housemate ku merangkap jiran bilik].

Esoknya, bangunlah aku pagi-pagi pukul 6 sebab nak solat Subuh [sedih woo, bila terlajak cuma air mata dah kering nak nanges...]. Siap-siap mandi bagai. Pastu amek masa jap untuk sidai kain yang aku basuh [dan kawan aku gelakkan aku bila dengar aku basuh baju sebab selalu aku angkut baju-baju kotor basuh kat rumah..err]. Kemas-kemas barang sebab cadang lepas kelas nak terus balik rumah [nak jugak balik rumah...hampeh punya Apjan].

Dah siap-siap pakai tudung tiba-tiba dapat call dari Nana,

Nana: Afzan dah siap?
Me: Dah. Ehh, Puan dah masuk eh?
Nana: Hmm, kelas cancel.
Me: Ehh, biar betul?
Nana: Iye, betul.
Me: Confirm?
Nana: Aah, Puan tak sehat.

Dan masa tu 'nates' memainkan peranan mereka untuk menaikkan api kemarahan. Tapi, Allah tu kan Maha Baik. Oleh sebab aku tak balik jumaat, aku dapat melepaskan rindu aku pada netball setelah bertahun-tahun lamanya aku tinggalkannya [last sekali main masa sekolah menengah kot. lama giler...]

seronok nampak....

serious betol mukaku...

ni la muka-muka yang menakotkan bola tuh...
Memang segar badan lepas maen netball. Keluar habes peluh betinaku. Dah lama tak rase macam ni. Seronok sangat. Memangla ada hikmah aku tak balik jumaat. Terima kasih Tuhan :)

P/s: Lepas ni akan ku cuba mengaktifkan diri di waktu petang. Bai.

Photobucket


Photobucket

Thursday, January 20, 2011

Sayang kat dia....

Semalam ada mid-term test akaun...


Boleh tak boleh buat belakang kira...


Yang bestnye tempoh masa 2 jam untuk 6 soalan...


Teruskan jugak buat walaupun tau yang aku memang takkan sempat jawab semua soalan...


Punyala satu kelas usaha sungguh-sungguh nak jawab test...


Sampai tak sempat nak toleh kiri kanan depan belakang untuk meniru...


Tik tok tik tok...tiba-tiba dengar suara Puan "Oke, masa dah tamat. Sila hantar kertas...."


Kami redha je....dan dalam hati aku "Mesti fail...huhu"


Tengah-tengah risau tu terdengar lagi suara Puan,

"Seronok saya tengok kelas kamu hari ni... Semua jujur tak tiru langsung.. Oleh sebab kamu semua tak meniru saya bagi bonus mark 20 marks...."

Dan respond kami,

"Yeay, trima kasih Puan... Kami sayang Puan...."


Oke, bai *wink wink*
Photobucket


Photobucket

Monday, January 17, 2011

Life is a test...

 Dear Belog....


This life is a life of test
Need patience for success
So is your iman strong enough
or would you fell just like the rest?


Yes, the life is a life of test. Kadang-kadang hidup kita ni rasa macam untuk diuji, dibebani, dicuba. Memang penuh dengan ujian, dugaan, cubaan. Sampai bisikan Lucifer membuatkan kita terfikir "Kenapa Tuhan buat macam tu kat aku? Aku ni dah dapat azab ke? Atau Allah tak sayangkan aku?" Eeee, jahatnye la Lucifer tu. Tak habes-habes nak jadikan hati aku ni berbolak balik.


Ye, tak dinafikan. Sekarang ni hidup aku penuh dengan ujian. Perasaan aku? Happy nye la kan. Best tau dapat dugaan yang tak terduga ni [ye, aku tipu...]. Tapi, ada orang kata tak baik buruk sangka dengan Allah. Allah tu kan Maha Baik.


Kalau tak baik, tak de nye aku hidup kat dunia. Lepas tu tak de aku dapat menghirup oksigen. Ye la, tanpa oksigen matila aku kan. Lepas tu nak pegi mane-mane ade je kemudahan. Sebab Allah ciptakan manusia yang bijak dan mampu cipta transport macam sekarang ni. Then, dapat pulak makan sedap-sedap. Tengok pemandangan yang MasyaAllah, speechless daku melihatnya. Tak ke baik sangat Sang Pencipta tu?


Jadi, kenapa kita nak marah atau kecewa dengan ujian yang "hek eleh, kau boleh setel nye masalah kau tu. tak ke kau lupa yang Allah takkan bagi ujian tu tanpa kemampuan kau sebagai hamba Dia?" Ye, aku kena kuat, aku kene tabah. Jangan kau lupa pesanan kakakmu,


"Afzan, Allah tak kan bagi hidup kita ni kalau seronok, seronok je. Kalau sedih-sedih je. Allah akan bagi seronok dan sedih ni secara berselang seli. Sebab ape? Sebab Allah nak kita rindu, kasih dan ingat kat Dia selalu...."


Iye, setiap yang berlaku pasti ade hikmah. Jadi, hadapilah ia dengan senyuman. Fight oh.... oh ~peace~


P/s: Mujahidah always smiles in trouble....

Photobucket

Photobucket

Sunday, January 9, 2011

Devil or Angel?

Dear Belog....

Ni gambar untuk menyebok je...


Pejam celik pejam celik kejap je dah nak abes sem....
Rasa macam baru semalam aku register kuis...

Tup-tup, tak sampai sebulan lagi dah nak final exam...
Haish, cemas-cemas...

Before hadapi final, mesti la ade mid-term test kan?
Ni nak citer pengalaman masa mid-term test Financial System...

Dah la aku masok lambat kelas tu sebab banyak nak setel exemption masa awal sem..
Nak masok kelas pun kene la tengok jadual clash ke idak...

Dah setel tu tau-tau dah last day dorang semua present...
Jadi, fo sho [for sure] la aku dah ketinggalan...

Notes? Bukan tak cari tapi macamnye tak cukup...
Tau-tau dah nak mid-term...

Tengah-tengah test tu terdengar bisikan nafsu dan syaitan,

"Apjan, kau amek je notes dalam beg tuh... Lecturer tak nampak punye... Depan kau kan penuh dengan orang lain... confirm kau selamat nye..."

Tiba-tiba terdengar pulak bisikan ni...

"Jangan apjan... Kau nak terus rasa bersalah ke? Memang la lecturer tak nampak tapi Allah nampak..."

Pada masa tu berbelah bahagi dalam hati ni...
Tension, penat nak layan peperangan batin dalam diri ni...

Dah la masa tu tension nak jawab test tapi memang tau tak mampu nak jawab...
Tiba-tiba pulak masa tu nafsu & syaitan sibuk nak kalahkan nurani yang baik...

Eeeee, jahatnye la nafsu & syaitan ni...
Saje nak bagi aku pening...

Last-last, aku kata pada diri sendiri...

"Hentam je la Apjan. Biarla salah jawapan tu yang penting kau jujur dengan diri sendiri... InsyA kau takkan nyesal... P.E.A.C.E"

Ni pulak citer kedua...

Kawanku, A pernah bertanya kat B yang bertugas masa gerak gempur tudung kat pagar depan kolej...

A : boleh tak pakai tudung ekspress? tak jarang kan?
B : tak boleh. sebab tak pakai anak tudung, nanti nampak rambut..
A : ouh, tudung macam ni boleh? [merujuk pada tudung bidang 50 yang tak labuh dan tak jarang tapi masih tutup dada]
B : tak boleh jugak sebab tak tutup punggung...

Hah? -_-" Err, nak cek la dalam Quran ada ke kate kene pakai tudung tutup punggung... Doakan aku dapat jumpe ye... Ngee...

P/s: Sebelum nak tengok kesalahan orang, aku berusaha listkan kesalahan dan dosa sendiri. Oh, banyaknye sampai tak mampu aku nak tengok kesalahan orang lain... T__T


Photobucket




Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails