Thursday, November 14, 2013

Mami is so comel





Bukak je fb kat phone ni saje saje scroll kat close friends. Tetiba ternampak gambar Dr Asyraf Wajdi dukung baby dan di caption katanya mintak pendapat nama baby pangkalnya huruf A.


Aku pun saje saje nak scroll komen sekali mataku ternampak mami komen guna fesbuk abah macam kat dalam gambar tu.


Pehh patut la tersedak-sedak aku tadi.  Hihihi.  Mami ni comel betul la :')


Oh ye. Congrats Dr Asyraf Wajdi for having a new born baby.

Photobucket

Wednesday, November 13, 2013

Hidup ini...




Kalau hidup ni macam muzik, maknanya orang sekeliling kita ni alat muziklah. Rosak satu alat muzik tu, maka pincanglah semua lagu.


Jadi apa yang perlu kita buat adalah betulkan balik semua kerosakan. Tampal semua lubang-lubang yang menyusahkan tu, ikat balik semua tali-tali yang putus.


Cari balik harapan. Yang semalam tu kita tinggalkan, lupakan. Terus berjalan untuk hari ini, sebab hari ini takkan sama dengan semalam dan doakanlah hari ini adalah hari yang lebih baik. InsyaAllah ;)


Ignorance kills the shits. Bliss kills the haters. That's why ignorance is a bliss.


Don't worry and be happy because you're not alone. Innallaha ma'ana. A l w a y s.


Photobucket

Thursday, November 7, 2013

Highland Tower

Peristiwa tadi berlaku di GSC One Utama 


Cadangan Afiq Hafizuddin nak tengok cerita Highland Tower. Oleh sebab aku dan Teha lambat sikit siap habis solat, Afiq and Fami pegi la beli tiket dulu.


 Keluar je kami dari surau terus Afiq suruh pegi naik GSC. Ok. Aku dan Teha memang betul betul cuba beranikan diri sebab kami ni memang jenis berani berani kucing je nak tengok movie hantu.


 Masuk je hall terus ke tempat duduk. Peh. Agak depan jugak la. Pastu toleh je kanan aku, kosong. Kosong. Aku mula lemah. Takpe. Tahan je ni tapi tangan dah get ready ngan bag nak buat tutup muka.


 Habis je iklan tetiba screen gelap. Gulp. Aku terus amik bag tutup muka takut takut tetiba muncul pape pastu seploh minit berlalu screen masih gelap. Aku terus letak bag atas riba ambil handphone dari dalam bag dan terus main Candy Crush Saga sambil terfikir cerita ni nak on ke tak.


 Lepas setengah jam kitorang di dalam hall tetiba staff GSC kata


 "Kepada semua penonton kami minta maaf kerana ada sedikit kerosakan teknikal dan wayang ini tidak dapat ditayangkan. Anda boleh refund semula duit anda di kaunter kuar. Sekian terima kasih"


 Peh. Lega aku. Aku and Teha apa lagi. Berbunga bunga kegirangan sebab tak jadi tengok movie tu. Dan Afiq terus soal aku, 


"Along keluar surau lambat sebab buat solat hajat eh tak nak tengok cerita ni?"


 Aku pandang Afiq dan senyum sahaja. 


Sekian sudah kisah Highland Tower dari Nur Al-Afzan


Knock knock
Anybody home?









Photobucket

Wednesday, October 30, 2013

Doa Dipermudahkan Urusan

Allahumma la sahla illa maja'atahu sahla wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahla



 Ya Allah Ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau menghendakinya.


 ^_^
Photobucket

Tuesday, October 29, 2013

Kenapa diuji?

Kenapa aku diuji dengan hubungan sesama manusia?


 Sebab kau menduakan cintanya. Bukan menduakan je. Tapi kau melebihi cinta pada makhluk berbanding cinta padaNya.


 Dia cemburu.


 Sebab tu Dia attract kau dengan ujian. Bila diuji baru kau tau nak cari Dia kan.


 *Deep*


 Jom kita amik wudhu' dan solat Maghrib. Dia dah panggil tu :')
Photobucket

Friday, September 27, 2013

If...

Andai kata satu hari nanti saya diuji dengan penyakit yang perlukan surgery, saya nak cakap kat doktor yang saya nak surgery hari Jumaat. 


Kenapa? 


In case surgery tu gagal saya harap boleh mati hari Jumaat. 


Salam Jumaat semua. 






Photobucket

Thursday, September 26, 2013

An Iron Lady

Sejak dua menjak ni di FB penuh dengan isu luahan hati dari Siti Hajar Aladin kepada PM kita. Pada mulanya, ketika ternampak post tu saya rasa macam 


 "Eh ni hajar yang ku kenal ke?"


Me is forever short anywhere everywhere



Sememangnya luahan hati Hajar memberi impak yang sangat besar di alam maya ini. Dari apa yang saya perhatikan, post itu semakin berleluasa bukan saja di FB malah ianya telah tersebar di beberapa laman web yang lain. Pokoknya di sini bukan isi luahan itu yang ingin saya bicarakan tetapi mengenai si penulis itu sendiri. 


Siti Hajar Aladin,


Saya mula mengenali beliau sejak tahun 2004. Masih saya ingat ketika itu beliau masih keanak-anakan. Maklumlah baru lepas SPM. Itu di tahun 2004. Siapa sangka di tahun 2013 ini beliau mampu meluahkan apa yang tak terluah oleh kita sebagai rakyat. 


Di kala kita bergelut dengan masalah hati dan perasaan sendiri yang sekecil cuma, beliau mampu bangkit dengan penuh keberanian untuk menyatakan luahan hati rakyat. Di kala kita sedih dengan ujian tak seberapa, beliau begitu kuat menghadapi ujian impak dari luahan yang dikarang beliau itu.


Tahniah buat sahabatku atas keberanianmu. Setulusnya saya kagum dengan Hajar. Semoga Hajar akan lebih tabah menempuhi segala mehnah dan tribulasi sepertimana tabahnya Siti Hajar ibu kepada Nabi Ismail.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama kita selamanya insyaAllah. 


                                                                                                                       Tulusly,
Photobucket

Saturday, September 14, 2013

Bagai kucing dengan tikus




I am trying with my effort to do this and unfortunately someone said this to me, 


"Hahahaha macam tikus" 


And I just like,


 "Heyy, ini kucing" -,-"
Photobucket

Wednesday, September 4, 2013

Self-Lempang

Masa test untuk kelas Hafazan dan Tajwid tadi ada Mid Term Tests untuk Tajwid. Lumrah bagi student KUIS sekarang, semakin hampir nak final semakin bertambah la assignmentnya, testnya, quizzesnya, presentatations nya. Kann? Nak dijadikan cerita, masa test tadi ada la sorang student ni tanya kat Pak Ostat. Cenggini dialognya, 


Cik Student: Ostat, kalau kitorang dah habis jawab boleh terus balik tak? 
Pak Ostat: Tak boleh. Test habis pukul 3.30. 
Cik Student: Ala, boleh la ostat. Kitorang ada banyak kerja ni. Dengan assignmentnya, test, quiz bla bla bla bla bla bla 
Pak Ostat: Tu semua DUNIA je *dengan muka serious* 

Kami semua: KRIK.. KRIK.. KRIK.. 


Nota asdfghjkl: Habes la sudah kisah SELF-LEMPANG untuk hari ini. Ayo kita sambung buat keje DUNIA tapi, AKHIRAT jangan dilupa ye ^_^
Photobucket

Sunday, August 11, 2013

Bertahan sekejap je...

"...and no more hijab in Jannah. Hijab is a test for you" 


 Allahu Rabbi


 Tak lama mana pun pakai baju longgar, tudung cover perut *eh* and stokin macam orang pantang *kate orang la macam orang pantang* 





 ...sesungguhnya mati itu dekat my sayangness



Photobucket

Wednesday, August 7, 2013

Feel His love ;)

Allah puts people in your life for a reason, and removes them from your life for a better reason. 


... self-lempang! 


 Well, biarlah. Walaupun orang tu sampai hati buat kita, tapi aku still tak sampai hati. Mami kata biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Doa orang teraniaya ni dimakbulkan. Err, tu kira teraniaya la kan? Hurmm.  

Just move on, Afzan. Seorang pergi, ramai lagi Allah hantar orang yang lebih baik untuk kita. Sebab Allah kan sayang kita. Be grateful. People come and go, but Allah won't let us go. Ingat tuh Afzan. 


 Oke, dah la. Meh jom tidur. Sleeping is nice because you will forget about everything for a little while. Sekejap pun jadi la kan daripada tak ada langsung. 


 Conteng-conteng: ALLAH might forgive their ignorance but not your arrogance.
Photobucket

Tuesday, August 6, 2013

The tears of Ramadhan

Lepas berbuka kekonon nak buat nescafe o. Sekali terpahit la pulak sebab terlebih nescafe. Nak alter tambah la milo ngan susu biar jadi mocha. Last2 tak boleh nak masuk sebab nescafe kuat sangat.


 Abah and Afiq pelik kenapa tetiba nak buat nescafe sebab sebelum ni memang tak pernah buat. Respond aku, 


 "Nak buat nescafe o macam arwah tok buat dulu"






 Tetiba airmata aku mengalir sebab rindu arwah. Ya Allah. Moga roh arwah bersama dengan roh orang2 yang beriman. 


 Al-Fatihah.



Photobucket

Saturday, July 13, 2013

Hey, Narnia's girl!

Salam belog....


This a photo of a cute girl named Aqilah Amran

Here is her link on YouTube:




Motive?


Guys, do listen to her accent. She sounded so Narnia-ish. I wish I can speak more like her during my presentation in future. So, let's watch Narnia and Harry Potter more and more. It may help you. 


Perhaps.


P.S: And currently I miss my English tutor back during my PMR or SPM I think *what-so-ever I am totally forgot about it*, Aunt Rasimah. Her accent was just as similar as yours, aunt :3


Photobucket

Monday, April 1, 2013

Be strong...


Takut nak rapat sangat.
Takut nak sayang sangat.
Takut nak rindu sangat.
Sebab bila dapat tau yang kita ni tak wujud,
rasa kecewa yang amat...


Dalam berkawan ni kenalah bersederhana sebab kadang-kadang orang yang kita rasa kita rapat tu sebenarnya tak pernah anggap yang kita ni rapat dengan dia. Ibarat kita ni bertepuk sebelah tangan. At the end, kita yang terkecewa makan hati berulamkan jantung.


Takpe. Allah sajalah kawan Yang Maha Setia :')






Photobucket

Saturday, February 23, 2013

Siapa DIA di hatimu?

Salam belog....





Tahukah dikau bahawa setiap kali dikau solat, Allah swt merenungmu, lalu memberitahu dengan bangga kepada para malaikat, “Lihat hamba-Ku sedang menyembah-Ku. Aku cinta dan sayang kepadanya dan Aku ampunkan dosanya.



Nota asdfghjkl: A true friend cares about your AKHIRAH! Salam Maghrib everyone :)


Photobucket

Saturday, February 16, 2013

As Easy As An Ay Bee See

Salam belog....


Islam itu mudah. Bila kita ikut apa yang Allah suruh, insyaAllah hidup kita akan jadi lebih mudah.


Contohnya, bila kita pakai pakaian menutup aurat dengan sempurna, bukankah ianya akan memudahkan kita untuk solat di mana-mana sahaja? Tanpa perlu membawa telekung. I mean, boleh la nak bawak handbag kecik-kecik tanpa perlu risau nak bawak telekung lagi.


Gambar Hiasan


Ketahuilah juga, nak check kita ni tutup aurat dengan sempurna itu tak la susah mana. Nak tau macamana? Ha, tengok cermin lepas tu selidik diri sendiri. Apa yang anda pakai tu boleh tak dibuat solat? Jika jawapan anda ya, seratus markah untuk anda kerana anda dah berjaya memakai pakaian bertepatan dengan perintahNya ;)

Jadi, jika ada jalan mudah untuk dapat redhaNya apa lagi. Grab it now!!!!


Nota asdfghjkl: Islam itu mudah, tapi jangan kita ambil mudah dengan Islam.

Photobucket

Saturday, February 2, 2013

Event event event boleh kurus. Eh.

Salam belog....


Lama sudah tidak ku hapdet belog. Hehehe. Nak tau tak? Sekarang ni daku sedang consume Herbalife. Baru je sebulan. Tapi, walawehhh. Sebulan consume produk ku sudah turun 5 kilo. Sape nak bagi camtu? Bukan senang tau nak turun 5 kilo. Nak testimoni aku? Nanti dulu. Baru sebulan. Lek-lek la dulu. InsyaAllah bila dah dapat berat yang ku nak baru ku buat testi okeh? Hmm, sebenarnya aku ada nak bagi info sikit. Baca je kat perenggan baru bawah ni yeh.



Comel to Handsome


Ini Brother Bob. Brother ni memegang record lose weight terbesar kerana berjaya menurunkan berat sebanyak 62kg selama 11 bulan. Nak tau apa rahsia beliau? Jom ke event esok di Hotel Seri Pacific bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Saya pun nak tau rahsia beliau. Kita pergi, kita sama-sama tuntut tips. Oh, selain itu speakernya ialah Pak Yang a.k.a Captain Mohd Saiful Abd Rashid.






Siapa mau follow saya esok sila angkat tangan *PM me now atau sms boleh jugak. Lelaki perempuan semuanya boleh tiada diskriminasi* Pada yang dah berkahwin, boleh la ajak pasangan masing-masing. Bawak anak-anak pun no problem. Oh ya. Tiket RM30 sahaja. Jom ikut saya ^_^


Ni FB saya: Nur Al-Afzan dan phone number saya 013-2128039


Nota asdfghjkl: Saya mencari orang-orang serious untuk sihat sahaja :)


Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails