Thursday, August 12, 2010

Diari Ramadhan Afzan....

 Dear Belog...

Kisah diari Ramadhan Afzan ni sangat-sangat lah berlainan dengan Diari Ramadhan Rafiq ye. Sebab Afzan bukan dari Holland [err, Rafiq dari Holland ke? meraban je kan Afzan ni?] , walaupun nenek moyangku berasal dari Holland, huhu. Hari pertama Ramadhan buatkan ku tersenyum. Kenapa? Sebab inilah masanya yang ditunggu-tunggu. Inilah bulan yang benar-benar ingin diraikan. Di bulan ini adalah satu-satunya bulan yang ingin ku kecapi kehangatan serta keindahannya. Sesungguhnya saya sangat-sangat rindukan Ramadhan [bukan Ramadhan budak sekolah ku ye, hehe]

Sebenarnya masa mula masuk bulan Ramadhan [iaitu pada 10 August jam 20:25] handphone ku menjerit-jerit minta dibukakan message. Lepas saya bukak je dan baca message tu saya tersenyum sebab message tu sangat UNIK dan MENARIK. Messagenya berbunyi begini:

"Salam... Nama saya Sya'aban...Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar... Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan... Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines... Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala berlipat ganda!!!"

Owh, comel sungguh message ini. Kreatif juga. Siapa la yang reka message tu ye? Kalau la saya tau, memang saya nak berguru dengan beliau. Berbakat sungguh la beliau ye. Kalau saya, nak buat ayat memerlukan satu momentum yang kuat untuk menggerakkan saraf otakku untuk lebih berfungsi [apa yang aku merapik ni, huhu].

Oke, stop situ. Ha, macam mana 1st day puasa? Saya 1st time berpuasa kat tempat kerja. Dapat pulak shift malam, tak dapat nak bukak puasa dengan family kat rumah. Tapi, macam-macam pe'el staff tempat kerjaku masa 1st day Ramadhan. Antaranya tentang H dan N. Ceritanya begini:

H - agaknya common la staff lelaki tempat kerjaku ni bergelumang dengan rokok. Sampaikan bila 1 hari tak dapat rokok [sebab puasa], boleh H tanya saya "Wehh, bibir aku merah tak? Aku tak hisap rokok lagi ni..."

dan mukaku jadi mcm ni ---> -_-"

N - saya mintak tolong N tapaukan makanan untuk berbuka. Tapi saya tak tau nak makan apa, dan kak R pun cadangkan la kat N bawak saya sekali. Nanti boleh saya pilih makanan. Nak tau apa jawapan N? Jawapan dia, "Tak boleh bawak perempuan. Nanti batal puasa saya. Bawak lelaki tak pe..."

dan mukaku jadi mcm ni ---> -_-" jugak....

Adoyai~ memang hari ni muka saya asyik macam ni ---> -_-" je....

Ini bukan wajah yang -_-" tapi background yang -_-"
 Nota kaki: Nak bulan Ramadhan setahun boleh tak? Huhu.....

Photobucket



Photobucket

2 comments:

baincardin said...

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak :)

Afzan Rahman said...

Ramadhan Kareeeem bro ^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails