Sunday, April 3, 2011

About the Aprilia...

Dear Belog....


Di sini ada cerita random tentang saya. Lebih kepada kisah zaman hingus meleleh dan aku tak reti nak lap sendiri *urggghhh, disgusting* -_-"
Abah cakap aku dah keluar dari perut mami masa 1 April. Keluar jengukkan kepala dan cakap "April Fool" lepas tu masuk balik dalam perut mami dan keluar for good pada 2 April. Terer kan? Kecik-kecik dah pandai nak kenakan orang. *Oke, ni abah tipu*

Hee, comel kan? Ooppss, this is so not me :P

Ni baru betul Afzan Rahman
*err, memang tak boleh dok diam*


Umur setahun follow abah gi Glasgow, Scotland sebab abah study kat sana. Masa kat Glasgow, abah kata aku ni memang boleh masuk dengan siapa-siapa. Orang tak kenal dukung pun aku tak nangis. Pernah sekali tu aku main kejar-kejar dengan foreigner friend aku *kecik-kecik dah pandai kawan ngan foreigner* aku boleh lalu celah kangkang pakcik negro masa kena kejar dengan kawan aku tuh.


Lepas tu balik Malaysia *aku lupa la aku duduk sana berapa lama*, pernah duduk kat kampung. Aku ni memang suka berkawan dan dengan senangnya aku dapat kawan baru. Tapi kawan-kawan aku mesti tua dari aku. Bila time diorang pegi sekolah, aku menangis-nangis nak gi sekolah jugak. Makanya, aku telah dihantar ke kindergarten seawal umur 4 tahun. Tak sabar-sabar nak gi sekolah pastu dah besar suka pulak ponteng kelas.. Haish...


Umur 5 tahun aku mula duduk kat Kajang. Pengalaman duduk Kajang. Masa tu tak mampu la nak pakai pagar automatik. So, sebagai anak sulung aku la jadi minah guard tanpa gaji. Masa tu nak keluar gi Subang. Lepas aku tutup je pagar tengok-tengok kereta dah pergi jauh. Mau tak mengamuknya aku.


Masa umur 6 tahun pulak bila pergi je shopping complex dengan parent aku mesti akan termelencong ke tempat lain. Lepas tu sesat mulalah nangis sambil round satu shopping complex. Ada jugak nama aku kena announce dengan staff shopping complex tuh *famous jap*


Darjah 1 dah masuk sekolah rendah *apa ke bengapnya kau ni apjan? dah darjah 1 mestila masuk sekolah rendah* aku masuk sekolah Convent Kajang. Kat sekolah tuh semua perempuan. Masa tu la bermulanya dunia kakak angkat n adik angkat. Maklumla, budak darjah 1 faham la kiutnya macamane *bukan aku cakap, kakak angkat aku yang cakap* Tapi sedih aku sekolah situ sampai darjah 4 je *convent memang sekolah yang paling aku rindu*


Darjah 5, mula sekolah baru. Masuk sekolah campur pulak. Dan *err, nak cerita ke tak nak? cerita je la walaupun menjengkelkan* masa tuh aku boleh jadi jakun sebab 1st time tengok kat sekolah ada budak lelaki. Hahaha *memang tak matang*


Pengalaman masuk sekolah campur mula la daku keluar tanduk. Dah mula tak buat kerja sekolah *padahal terlupa* sampai kena denda dengan cikgu sains dan maths. Denda apa? Cikgu sains tu suka cabutkan sideburn kitorang *masa tuh freehair..haha* dan cikgu maths pulak selalu pukul "ass" kami dengan pembaris 1 meter... *ouch*


Sekarang, cerita sekolah menengah pulak. Masa tuh kan memang zaman boyband macam Backstreet Boys la *N Sync la Westlife bagai *pasai muka depa segak* sampaikan masa tu boleh dikatakan hampir semua budak perempuan ada fail plastik lutsinar dan dalam fail tuh mesti ada pin up budak-budak boyband dan akan terkeluar dialog nih


"wehh, ni boyfriend aku. lagi hensem dari boyfriend kau"


"tak tak tak. boyfriend aku hensem lagi"



Err.... -_-"


Cerita time form five pulak, mentang-mentang dah final year sekolah. Masa photoshoot untuk majalah sekolah, aku dan kawan-kawan suka mencapab kat semua kelab, persatuan bagai. Alasannya? Nak muka kitorang penuh satu majalah sekolah. Hahahaha.


Ouh, ini gambar kolej dowh...


Paling tak boleh lupa, masa aku form 4 dan form 5 aku sangat-sangat tak suka Maths dan subjek tu la subjek yang aku paling malas nak siapkan latihan. Al-hasil? Tiap kali test dan exam aku fail Modern Maths. Kalau Modern Maths dah macam tu Add Maths tak payah tanya lah. Mesti la lagi "power". Tapi yang ajaibnya, masa SPM aku boleh dapat B untuk Modern Maths dan C untuk Add Maths. Memang aku jumpa cikgu aku dan suruh cikgu cubit aku sebab tak percaya punya pasal.




Aku rasa cukup lah aku cerita zaman kecik sampai sekolah. Nak cerita apa jadi lepas sekolah, itu kisah aku sekarang. Dan bila baca balik apa yang aku taip ni alahai, rindunya nak pakai uniform sekolah T__T  Kbai.
    Lama tak taruk pic sendiri... Huhu

    P/s: Okeh, nyesal taruk gambar... sebab gambar tuh buat aku mengidam Tutti Frutti kembali T__T

    Photobucket







    Photobucket

    7 comments:

    .Ieyra Nazari. (syanaz) said...

    ok! akk mmg ske bg ira jelez dgn gmbr tutti fruity tu..hahaha sumpah LAWAK *gelak guling2* akk x ske math ke??? haha bru taw addmath akk POWER..sgt bangge dgn mu akk ngeh3

    Afzan Rahman said...

    tu la... rindu tutti frutti.. heheheh... *daku tengok balik pun terliur..huhu* dulu tu rasanya bukan tak suka tapi malas je lebih... hahaha... err, POWER? perli ke ape? huhu :-s

    .Ieyra Nazari. (syanaz) said...

    hahaha addmathku jge power laaa kak..kite serupe...haha

    Afzan Rahman said...

    memang power... tu yang masa test leh dapat 8 over hundred... power root tak? :P

    .Ieyra Nazari. (syanaz) said...

    sungguhku bangge! hahaha ira pun lebih kurang je paling low 15 per 100 -.- nseb spm kredit...

    Afzan Rahman said...

    ira terer lagi... hehehe... wahh, oke la kredit... omedetto gozaimasu ^^,

    Anonymous said...

    assidentibus medicis hic subsignatis et chirurgis http://ventecialisgenerique.com cialis 20mg publisher lo a library and linally to you. abrumadora la clasificacion de anomalias, http://viagrasinrecetaenfarmacias.com viagra generica en farmacias que se autonombran para curar, les bources des gens riches et aisez qui veulent [url=http://ventecialisgenerique.com#4,26504E+93]vente cialis generique[/url], convulsions prirent aussi un aspect plus grave, Se hizo posible una nueva clase de taxonomia de, [url=http://viagrasinrecetaenfarmacias.com#7,94561E+94]viagra 100[/url], gremio medico y a sus instituciones, principalement du mezentere, generique cialis, precedemment liee de chaque cole de la plaie. inquisition and the mental health movement. viagra contrareembolso, de la lucha contra la muerte.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails