Aku seronok sangat bila ex-roommate aku kat arau tegur kat facebook aku. Punya lah excited sampai aku tekan PrtSC SysRq kat laptop aku nih... Hasilnya di bawah ni la:
Terharu sebab mukaku yang comot dikatakan sama dengan Yuna Kim si ice skater Korea yang comel itu. Tahyul kan? Haih, terubat rindu dapat sembang dengannya.
Jam 2.22 pagi bertarikh 15 April 2011 handphone ku berbunyi intro Warisan Wanita Terakhir. Apa makna dia? Maknanya, ada mesej masuk lah. Bukak je handphone tengok dapat mesej macam ni:
"As salam, qistina reny baru sahaja kembali ke rahmatullah kerana asma. Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat."
Masa baca mesej tu rasa macam nak luruh jantung. Aku pun terus call Mukhlis *tukang sebar mesej* dan dia angkat. Masa tu background bunyi orang baca Yassin ramai-ramai. Menitik air mata dan aku mengadu. Dalam hati aku sebak sangat. Tak sangka ayat kat wall fb aku tu adalah yang terakhir. Masa tu tiba-tiba muncul ayat ni di kepala:
Tiba-tiba aku jadi rindu sangat pada arwah. Aku nak menatap wajah arwah puas-puas.
Dalam kenangan T__T |
Wajah ceria inilah yang sentiasa menghiburkan aku masa aku down, sedih dan gembira. Masa hidupnya memang hidup aku jadi best sangat dan tak lupa setiap kali terserempak kat tengah jalan, arwah mesti akan picit pipi aku. Rindu T__T
Kalau ingat balik perjalanan hidup dia memang boleh mengalir air mata. Ingat lagi, masa tu arwah pernah cakap nak masuk Islam, kalau tak silap 2 tahun lepas. Dia selalu cakap yang dia rasa tenang je setiap kali dengar orang baca yassin tiap khamis malam jumaat masa kat kolej *masa tu aku ditugaskan conduct baca yasin kat bilik pengumuman*. Aku senyum je.
Beberapa hari lepas tu, kecoh satu UiTM kata dia dah masuk Islam. Masa tu rasa bersyukur sangat sebab saudara seIslam dah bertambah. Masa tu aku kat Mushroom *pusat beli belah UiTM*, terserempak dengan dia dan dia dah pun bertudung. Subhanallah, cantik sangat dia. Aku nampak dia dan terus peluk dan tanya macamana dia buat keputusan macam ni. Dia jawab,
"Aku berdoa kalau hari ni *khamis sebelum dia peluk Islam* hujan, memang aku nak masuk Islam...."
Kuasa Allah tak siapa jangka dan masa tu hujan pun turun. Maka, dengan rasminya dia mengucap depan ustaz di penghulu segala hari. Subhanallah, cantiknya rencanaMu Ya Allah. Tapi, betullah hidup ni memang tak lari dari ujian seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...."
Maka, bermulalah hidup Qistina dengan ujian yang berat. Berita keIslamannya sampai juga kepada ibu bapanya dan ditentang. Keluarga mana yang tak risau bila anak keluar agama, samalah macam kita bila dapat tau ada ahli keluarga kita yang murtad *nauzubillah* kita pun akan sama macam keluarga Qistina kan?
Masa tu terlalu berat ujian yang Qistina tempuh sebab aku yakin kalau aku kat tempat dia memang aku tak mampu. Ibunya sampai ugut nak bunuh diri. Abang Qistina datang dan cari Qistina *dia kena sembunyi untuk keselamatan*. Keadaan Qistina masa tu memang tak selamat sampaikan pergi ke kelas pun dijaga Pak Guard.
Tapi mujur Qistina kuat dan alhamdulillah beliau meninggalkan dunia ini dalam Islam. Sama-samalah kita doakan moga rohnya sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.....

2 comments:
moga2 roh nya sentiasa dicucuri rahmat . amin =')
amin ya rabb.... :)
Post a Comment