Dear Belog...
Pernah tak kau orang ditanya soalan begini?
"Mandi tadi pakai ape?"
atau pun soalan ini,
"Tidur pakai ape?"
Kalau pernah, apa tindakan kau orang? Nak tau apa yang aku buat bila ditanya soalan tu? Ouh, aku akan jawab begini,
"Mandi pakai air la...."
dan
"Tidur pakai selimut...."
Kira menjawab soalan kan? heheheh *winkwink*
Oke, ini sekadar selingan ringkas. Sebenarnya apa yang aku nak utarakan kat sini ialah tentang blogging vs vlogging. Apa itu blogging? Nak tau blogging klik sini. Apa itu vlogging? Nak tau apa itu vlogging klik sini jugak *hahaha, aku lupa nak makan ubat rajin hari ni*
Sekarang ni apa yang aku perasan dah macam satu budaya vlogging ni. Kenapa? Bukak youtube ada je vloggers yang buat video. Antara vloggers terkenal adalah IniAnwarHadi, Matluthfi90, Maria Elena, Afzan Rahman. *ehh, jap. bila masa aku buat vlog?* Hmm, abaikan. Yang penting sekarang ni vloggers makin ramai dah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Teringat zaman blogging dulu-dulu tak ada beza pun dengan budaya vlogging sekarang. Masa tu bloggers pun pesat membangun *apjan, kau ingat bangunan ke nak pesat-pesat?* *eh, tak tak tak* kian bertambah. Antaranya, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Zack Zuhairi, Afzan Rahman *ha, ini baru betul. aku adalah blogger tapi follower aku ibarat zarah je kalau nak dibandingkan dengan 3 nama besar tuh....huhu* dll.
Tak dinafikan, aktiviti vlogging makin mendapat tempat di hati muda-mudi zaman kini *sebab aku tengok yang jadi vlogger ni umur mesti nak muda-muda je berbanding dengan blogger yang aku rasa lebih meluas peringkat umurnya.. oh, tak kata siapa-siapa. aku yang makin tua.... hee*. Jadi, apa yang menariknya vlogger berbanding blogger ni? Ha, itu terpulanglah pada pendapat masing-masing kan. Tapi, pada pendapat aku vlogger ni penyampaiannya lebih berkesan berbanding dengan blogger. *opps, ayat kontroversi ni. relax dulu. aku pun blogger gak. so, tak de la nak kata aku bias ye*
Maksud aku, kemungkinan besar orang ramai akan lebih lama tertumpu pada vlogger sebab dia orang tak perlu membaca tapi sekadar mendengar je macam aku la jugak sebab aku ni jenis malas nak membaca. Ye la, buku teks atau nota-nota subjek pun aku malas nak baca ni kan pulak nak baca teks panjang-panjang *taip panjang-panjang boleh pulak, hahaha* kecuali manga memang aku sangat rajin membaca. Tapi, ada jugak yang malas nak tengok vlog sebab malas nak tunggu loading, buffering dan sewaktu dengannya lagi-lagi bila line broadband atau wifi anda macam segan-segan je nak lajukan diri. *macam aku, aku download je. pastu tengok kemudian, hoho*.
Kesimpulannya, blogging dan vlogging dua-dua sama menarik tapi blogging lagi lama bertahan. Vlogging ni, kita sama-sama tengok lama mana ianya bertahan memandangkan ianya masih baru. Harapnya bertahan lama la dan moga-moga ada pelapis Anwar Hadi dan Matluthfi malah lebih kreatif dari mereka. Dinasihatkan, jangan buat vlog syok sendiri. *nasihat untuk aku jugak, jangan buat blog syok sendiri* Sekian.
Oh, sebelum terlupa, nak selit gak la gambar aku bercuti kat KL *fake Kota London* yang aku dok heboh sebelum nih.. hehehe :P
4 comments:
Terkejut tgok ''sebelum meninggal byk2 mengucap ye'' hehe...setelah berjam2 memerah otak akhirnya berjaye juge..tahniah! best plk tu..hehe
ehem~ perli daku nampak...
tau x, perah otak rase mcm nak jawab Bahasa Malaysia punya karangan... macam dalam SPM tuh... hehehe :P
Salaam, gambar boss tu memang nampak mcm ko kat luar negara. Aku rasa Afzan, ko ni boleh jadi penulis skrip..betul..betul, x caye sudah..huhu
aku tahu ko caye..kut..
wahhh, pnulis skrip tuh...
aku pun xtau cemane nk tulis skrip...
mekaseh ko sedapkan ati aku kate gmbar tu mcm kt oversea... hehehe :P
Post a Comment