Saturday, July 31, 2010

Mami kata....

 Dear Belog...

Ketika saya sedang khusyuk menonton [siaran ulangan oke sebab saya memang tak sempat ikut, huhu] Imam Muda.... Tiba-tiba mami bersuara,
Isteri Hizbur dengan Asyraf tu cantik...
Baik pulak tu, nampak macam budak bagus...
Along ikutla jadi macam tu...

Saya terdiam dan terus menonton kaca tv dan berkata kemudiannya,

Mami dah tengok isteri-isteri dorang?
Mane mami tengok?

Mami mengeluh dan berkata,

Mami cakap nak suruh dia fikir dan cuba contohi isteri dorang, ini macam tak de perasaan je... Nak kena gak cubit ngan mami...

Dan saya pun tersengih je bagi sedekah... -_-" [err, apekah?]

Owh, saya memang begitu. Selalu je blurr kalau ada orang nak perli ke ape... Hehehe... Tapi kan, memang betul isteri dorang cantik... Nak tengok? Tu ha... Ada kat bawah ni....

Imam Muda Hizbur & Isteri....

Imam Muda Asyraf & Isteri
Kan saya dah kata, saya tak tipu kan? Memang cantik. Dan akhlak pun nampak cantik. Sesuai la jadi isteri Imam Muda ni. Papepun tahniah pada Imam Muda Asyraf sebab dapat Juara [agak frust Imam Muda Aran yang saya minat tu tak masuk final tapi pemilihan peserta final ni memang tepat la...] ^^,

Photobucket




Photobucket

Wednesday, July 28, 2010

Jawatan Kosong : Urgent!

Makmum solat jemaah lima waktu
peluang kenaikan pangkat: muazzin @ imam!

pendapatan lumayan
27x pahala, 5x sehari

elaun perjalanan disediakan
1 langkah = 1 pahala+hilang dosa

bonus mingguan
kuliah & khutbah

kelayakan
sempurna akal, lelaki & perempuan
[ketua & bakal ketua keluarga digalakkan memohon]



hadiri temuduga kami!
masjid @ surau berdekatan anda!

tarikh tutup
sebelum mati @ kiamat
[pemuda digalakkan memohon]


Photobucket


Photobucket

Monday, July 26, 2010

Where's "mentol menyala" in my brain?

Dear Belog...



Wondering.....
Dalam otak ada "?":
Nak tanya ni, IPTA mana yang provide intake disember [selain UiTM].... Diriku kini mengadap cermin asyik bukak web-web IPT je... Nak apply IPTS mahal sangat, huhu

Saya lagi suka voltury-coven dari hero+heroin..hakhak
Eclipse:
Hakikatnya saya memang peminat twilight. Tapi entah kenapa bila tengok Eclipse macam tak excited sangat bila tengok. Kali kedua saya tengok Eclipse di cinema, saya boleh tertidur tengah-tengah wayang tu [dey mina, tengok kali kedua pun tak kira excited ke? What the....]

Which one is better?
Dalam dilema:
Mami suruh sambung study tapi dalam masa yang sama mami suruh kerja. Mana satu ni? Niat di hati memang nak sambung study dan kerja tu still jadi second option. Tapi kan, kalau nak kerja pun macam rugi je. Bulan Ogos UiTM dah bukak application online form dah, pastu kalau ada rezeki dapat, bulan Disember nak start semester dah. Jadi, harus ke saya kerja? [Tapi nak beli henfon baru gantikan henfon yang dah kene curi, hmmmm]

sian budak perempuan yang belah kanan tu...
Jealousing:
Perlu ke ada rasa jeles in a relationship? Contohnya, si Fulanah ni berpacaran dengan  si Fulan. Nak jadi satu kes, Fulan pernah cakap tak nak jadikan Fulanah sebagai display friend kat FB. Nak elak dari fitnah katanya. Fulanah pun setuju. Tapi Fulanah tengok, Fulan letak Fulani [ape punya nama daa...] pulak jadi display friend. Dahla satu-satunya perempuan dalam display friend Fulan pulak tu. Persoalannya, harus ke Fulanah rasa bengang dengan kejadian ni? [saya pun pening nak jawab cemane bila "orang" tu tanya pendapat pasal ni. Kamu semua (bajet ramai sangat la yang masuk blog ni. tah-tah takde orang) rasa cemane?]
Bila la leh dapat mende alah ni
Nak pahala?:
Siapa-siapa nak pahala silalah dermakan handphone Sony Ericsson C903 pada saya ye.... [hahaha, saya gurau. saya gurau. tapi kalau ada yang nak ambil serious, silakan. tiada paksaan :P]


Mood:
Nak teruskan main gitar. I'm addicted to guitar sampaikan icon untuk my computer pun dah jadi guitar, hohoho :P

Photobucket












Photobucket

Saturday, July 24, 2010

Contest yang ditag...

 Dear Belog...

Mule-mule dapat tau dari cik Erma yang mengatakan "Anda ditag," [Oh, saya tipu. cik Erma tidak seskema itu]. 1st time kot dapat tag+contest serentak. Macam menarik. Alang-alang dah tak buat pape kat rumah boleh la isi masa dengan buat mende alah ni. Mana la tau, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada rezeki menang la dan dapat hadiah. Tapi tak la mengharap sangat. Sebab saya tau kebanyakkan "belogger" kreatif- mreatif kan? [bahasa ciptaan Afzan Rahman. sangat tak sesuai digunakan ketika ujian penulisan. Sekian]. Oke, saya teruskan dengan contest anjuran cik Emieysandra yang gorjes :D

Untuk tau peraturan-peraturannya sila klik link bawah gambar ni ye...


Dan di bawah ini pula gambar yang saya pertaruhkan... Jeng jeng jeng.... [gambatte kudasai!!!]

Wajah Afzan & Jieba dalam pelbagai rupa [tapi bukan talam seribu muka ye, kikikiki]....

Hm, kami boleh bersama kerana di antara kami punyai persamaan, keselarasan dan paling penting kami sangat-sangat selesa antara satu sama lain. Kekuatan hubungan kami hanyalah kerana Allah [pergh, ayat ustajah ni]. Punyai minat yang sama, serta matlamat yang sama semestinya. Kenal macamana? Segalanya bermula dengan PATCHI xD Err, PATCHI tu ape? PATCHI itu cekelat. Kuikuikui. Takde apa lagi yang nak diceritakan tetapi saya ada something ala-ala puisi yang nak disampaikan pada Jieba atas persahabatan yang terjalin ni ^^,

THANK YOU

Thank you for simply being there
On the cloudy days
On the sunny days

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts
To our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too

Thank you just for you....

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now

For the never ending support you always give me
Oh friend

I will always love you
I can't tell you how much
That you mean to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And I hope tomorrow will be better
Thank you for everything....

Oh lupe pula, saya kena tag lagi 2 orang dari kawan-kawan saya. Orang bertuah yang kena tag ialah AK dan Fafa. Good luck ye ^^,

Photobucket










Photobucket

Thursday, July 22, 2010

Nota Kunci~

Dear Belog...

 Gambar untuk hias je ni...

Bapak skema la tajuknya. Bapak saya pun tak skema. Hehe. Sebenarnya yang saya maksudkan nota kunci tu adalah KEYNOTE. Pernah dengar tak apa tu KEYNOTE? Ala, tu realiti tv jugak tapi untuk lahirkan komposer-komposer baru. Macam menarik kan?

Sebenarnya dah lama tak ikut rancangan-rancangan kat TV kecuali DUYUNG ARIDINATA [sebab nak gelak ketawa sambil guling-guling je bila tengok cerita tu] dan juga TUDUNG EKSPRES [nak tengok mereka berempat kecomelan bila pakai tudung].

Nak tau tak cemana saya boleh tertengok KEYNOTE [padahal tak ikut pun]? Bermulanya kisah pada minggu lepas Rabu malam, saya gi la masuk bilik mami abah [dah jadi tabiat saya setiap hari, akan bukak pintu mami dan abah, menjenguk dan bertanya "Buat apa tu?" or "Tengok cerita apa?"].

Kebetulan masa tu tengah paparkan KEYNOTE. Duduk la saya kejap kat dalam bilik. Tiba-tiba masa contestant seterusnya saya pun bersuara "Mami, itu Alief Ayub kan?" Mami kata "Ntahla, mami pun baru tengok"

Saya pun tengok la kat tv dia tulis masa tu KOMPOSER NOMAD, PENYANYI NOMAD, CITRA CINTA. Oleh sebab saya macam agak tau orang itu saya pun stay la duduk depan tv tengok Alief a.k.a Nomad a.k.a Adik tu. Seriously, lagu Citra Cinta tu best sangat. Suka dengan muzik dia yang rasa tenang je dengar dan lirik mantap kot....

Nomad & Aish

Wajah-wajah Nomad ^^,

Mesti korang tertanya-tanya, best sangat ke Citra Cinta tu? Well, masing-masing punya pendapat tersendiri. Belum dengar belum tau. Tak kenal maka tak cinta, hikhik. Oke, klik la sini kalau nak dengar [ini hanya pra-dengar, bukan full song] lagu Adik ni. Dah dengar dan suka, boleh la klik "like" kat sebelah lagu Citra Cinta. Boleh la gak masuk dalam undian untuk KEYNOTES. Free aje. [korang mesti suka dengar perkataan free. samalah dengan saya, kuikuikui] Kalau yang rezeki murah tu boleh la hantar sms KN10 NOMAD dan hantar ke 32999 ye ^^,

 Afzan Rahman in sepet version :P

Nota kaki: Stok yang saya berkenan mesti yang sepet-sepet ke? Aih, asyik kena yang sepet je ni.... :-<

Photobucket








Photobucket

Wednesday, July 21, 2010

Tomo 友(とも)

 We're Tomo 友(とも)[friends] until everlasting. Nee ^^, [Jieba, Kina & Afzan]

Let’s have fun,
I want to tell you honestly,
I will never let go of your hand,
Your heart is really big,
It forgives forgiven,
Anyone you meet becomes your friend,

Being distantly separate,
We don’t have to worry because we always have a reason,

There is love,
You always be my friend,
When we’re really old,
And also have grey hair,

To put it kindly,
You are my friend,
Although at times you scold me severely,

Hello! Hello! Come let’s begin....

With a smiling face,
You tell me to go kindly,
I will always,
Without change be here,

Someone makes a mistake,
From here at once,
You’ll regain from it,

Like a first love your heart starts to hurt,
But don’t run away,
Show that you are living as proof,

It should be understood,
That we were always friends,
But from the start I wasn’t skillful at all,

Believe in yourself,
Believe in fate,
Don’t get swallowed,
Up by the flow of time,

Hello! Hello! Come let’s begin...
Photobucket




Photobucket

Sunday, July 18, 2010

Aneh-aneh aja...

Dear Belog...

Pagi ni kami punya sarapan pagi....



Nampak tak gambar di atas ni? Ini adalah kepah [according to my mom]. Rasanya dah ala-ala kerang. Tapi aneh ya. Dia punya shell berwarna hijau. Tapi rasanya ibarat macam makan siput sedut kerang. Kalau anda semua rasa lalu tak nak makan tengok Si Kepah Hijau ini? Hehehe

Oke, Afzan. Cukup merapu-rapik. Kang tak pasal-pasal seangkatan dengan Hantu Niyang Rapik. Owh, oke. Takde kaitan. Hm, sebenarnya saya teruja. Teruja apekah? Teruja dengan award yang di beri oleh Cik Erma  yang comel+sweet=dia tak hot tapi cool.

Ini lagi satu kejadian aneh. Umur belog saya ni tak sampai lagi 3 minggu tapi dah dapat award. Aneh kan? Aneh kan? Apa-apapun berbanyak-banyak terima kasih buat si pemberi award. Saya sangat-sangat hargainya. Ngee~ Nak tengok macamana rupa awardnya? Nah, tengok la...


Oh, comel sungguh award ini. Tapi rasa macam diri ni tak sesuai dengan gelaran award tu. Eh, ingatkan dapat award aje. Rupanya ada assignment sekali. Oke, ayuh berusaha siapkan assignment.


1. Ape name blog nape letak nama 2?
-> afzanpunyer. belog ini bukan ahmad albab yang punyer....

2. Bila start buat blog? 

-> baru la sangat..8/7/2010..kalau belog ni baby masih lembik lagi..

3. Sape 1st follower?
->; adik kesayangan di fesbuk. Karimah namanya. Pipi dia juga tembam macam saya [owh, tak perlu kot bagitau]..

4. Ucapan khas untuk pemberi Award?
-> masa pilih saya tak rasa macam tersalah orang ke? Hehe. Papepun arigatou gozaimasu. Award itu sangat kawaii :D

5. Lastly, 9 org cute yang saya nak tag?
-> Sara

-> Nuna
Jadi, buat semua orang chumel yang terpilih, terimalah award ini dengan sangat berbesar hati ye.. Moga anda semua maintain chumel. Ngee~

Photobucket









Photobucket

Saturday, July 17, 2010

Ekspresi dirimu....

Dear Belog...

"Bertambahla geng ekspres..."

Pernah dengar tak dialog ni kat mane? Cuba teka. Siapa dapat teka dengan tepat akan dapat hadiah. Hadiahnya bercuti di belog masing-masing tanpa gangguan [apa hal la kecik bebenor tulisan adiah tu? owh, tak pe. sile gunakan kanta lensa pembesar].

[Sedang memerah otak apa yang mau ditulis. Tiba-tiba kedengaran bunyi "ting" beserta mentol menyala] Sebenarnya dialog di atas tu saya ambil dari satu drama yang bertajuk Tudung Ekspres. Drama itu disiarkan di Astro Prima pada hari khamis jam 9.30 malam diikuti siaran ulangannya pada hari jumaat jam 7.00 malam [kasihanla bagi mereka yang tidak ada astro, hoho]

Actually saya bukan la mau menceritakan mengenai sinopsis cerita ini tapi nak memberitahu bahawa saya amat tertarik dengan telatah serta kecomelan mereka berempat di bawah ini di dalam drama itu. Dah la nampak lagi cun bila pakai tudung. Gaya pun macam best. Suka je tengok. Colourful lak tu, tapi saya perasan si Lisa Surihani tu asyik pakai kuning je dalam drama tu [mungkinkah sebab warna tema Garnier yang berwarna kuning? Mentang-mentang la Garnier tu penaja drama tu].

 Owh Em Gee.... Chanteknya mereka....

Papepun, rancangan itu menjadi antara cerita yang saya tunggu tunggu siarannya setiap minggu cumanya agak kesal saya ketinggalan episod 1. Mujur cerita itu baru episod 2. Hee~

Ini watak baru yang akan join geng ekspres. Wajah ini akan muncul selepas episod terakhir. Sekian


Photobucket







Photobucket

Friday, July 16, 2010

Nak jadi pengarah?

Dear Belog...

Uish, pengarah apa pulak ni? Ha, kalau nak tau keep on reading this entry ye. Ceritanya begini. Pada zaman dahulu... [eh Afzan, kau ingat ini story telling competition ke?] Oke, oke. Saya tipu. Saya teruskan...

Semalam, sedang saya mengadap cermin laptop [dah jadi rutin harian ku sejak-sejak dah abis study ni...] tiba-tiba terdengarlah mami memanggilku dari bilik beliau. Conference nya begini....

Mami: Aloooonnngggggg........
Me: Ye mami?
Mami: Masuk bilik mami kejap

Lalu saya meninggalkan cermin laptop dan terus menuju ke bilik mami....

 beginila keadaan kami. sweet kan?

Me: Nape mami?
Mami: Along nak jadi pengarah?
Me: [dalam hati, mami ni gurau ke ape...sambil menggaru-garu kepala tak gatal] Pengarah apa pulak ni mami?
Mami: Pengarah untuk program kat masjid rumah kita bulan Ramadhan nanti...
Me: Hah? Ustaz Faizal [imam besar masjid yang muda trang tang tang] mane?
Mami: Ustaz Faizal nak jadi fasi
Me: Ehhhh, mane boleh camtu. Kalau camtu Along pun nak jadi fasi je....
Mami: Ceritanya camni. Tadi ustaz call mami. Tiba-tiba dia tanya, "Kak Ma jadi pengarah program ye?"
Me: La, dia suruh mami. Bukan Along [dalam hati lega yang amat...]
Mami: Ish budak ni, dengarlah dulu.
Me: Owh, oke oke..
Mami: Mami pun cakap la "Faizal jangan buat hal. Faizal cemane?" Ustaz Faizal cakap, "Saya nak jadi fasi..."

Saya pun apa lagi, dah gelak gelak sampai sakit pipi [dasar si pipi tembam, gelak je sakit pipi...]

Me: Ustaz Faizal tu buat lawak ke ape. Dia pening la tu. Masa program Celik Quran dulu pun masa dia jadi pengarah dia asyik cakap "Pening pening pening" lepas tu bila orang lain nak cakap je dia cakap "Saya sekat...." sebab dia pening sangat.
Mami: La, ye ke...... [mami pun terus terhambur gelaknya....] Ai, Faizal...Faizal....

Begitulah kisahnya... Bila fikir-fikir balik conference tu saya asyik tersenyum je. Lawak betul la Ustaz Faizal [Imam Masjid a.k.a kawan sepermainan ku masa kecik-kecik dulu di kampung...hehehe]
Photobucket




Photobucket

Thursday, July 15, 2010

Tag yang disuruh sendiri....

Dear Belog...

Hai hai hai.....
Kenapa tajuk saya sedemikian rupa?
Sebabnya, saya sendiri mau buat tag itu tanpa disuruh orang...
Sangat rajin kan saya? [inila kerja Tokei Ladang Anggur seperti saya]
Oke, saya cerita sikit. Tag ni saya ambil dari blog Shari yang mukanya macam muka Jong Hyun ShiNEE [bagi saya mereka memang seiras walaupun Shari tak akuinya, haha]

 Ini la Shari.....
Ini pula Jong Hyun ShiNEE [agak serupa kan? haha]

Oke, straight to the point. Saya teruskan dengan tag ni. It's a tough one even though at first glance seems a breeze, huhu.

Inila rupaku yang sedang khusyuk menjawab tag ini, haha


Jawab soalan di bawah menggunakan huruf pertama nama anda:

1. What is your name : Afzan.

2. A four letter word: Arse.

3. A boy's name: Alan.

4. A girl's name: Alia.

5. An occupation: Artist.

6. A colour: Aquamarine.

7. Something you'll wear: Amazonian leaf underwear (haha what.)

8. A TV series: Amazing race.

9. A food: Apricot pie.

10. Something found in the bathroom: Asshole (does that count?)

11. A place: Antartica owh Shari dah jawab ini. Saya tukar. Australia.

12. A reason for being late: Aeroplane crash.

13. Something you'd shout: ASSHOLE. APPLE. ANTELOPE. ANAL.

14. A movie title: Atlantis.

15. Something you drink: Absolut?

16. A musical group: AC/DC and ADAM LAMMBBEERRRT <3

17. An animal: Anteater.

18. A street name: Avenue, parkway.

19. A type of car: Afzaniscoolawesomeohyeah car.

20. The title of a song: Another one bites the dust!



P/s: Shari, boleh tak kalau tak ada gambar? Buat masa sekarang line internet sedang mengalami kesengalan [haha...alasan jujur]
Photobucket




Photobucket

Wednesday, July 14, 2010

Gollllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dear Belog...

Akhirnya habis juga Waka Waka [World Cup] 2010. Dengan kemenangan berpihak pada Spain [walaupun diri ini masih lagi cuba menerima kekalahan Holland & Germany]. Tak pe Afzan, Holland & Germany tetap ada di tempat kedua dan ketiga. Peace~

Oke, saya tau masa worldcup ramai yang jadi "alim". Iyela, rajin sangat mereka semua bangun tahajjud untuk menonton worldcup. Bagus-bagus. Tapi lagi bagus kan kalau "tahajjud" untuk "dating" dengan Tuhan kan? [diri sendiri pun susah nak bangun tapi saya memang tak tengok world cup, heheh]

Whoa!!!! Sungguh bersemangat tegar mereka ini......

Tapi kan, ada la kawan saya berkata, 

"semua orang tau sorak gollllll bila bola masuk gawang,
tapi tak semua orang tau sorak bila tengok kebesaran Tuhan....."

ya salam, saya terkedu, tersedu. nasib tak jadi bisu. sungguh benarlah apa yang dikatakan Khalid Alwalid Sorakkn Brjihad itu. memang tak silap langsung [adakah siapa-siapa yang rasa termakan cili? sila-sila la mencari air atau aiskrim atau cekelat supaya anda dapat menghilangkan kepedasan.]

itu baru kisah semasa World Cup. Setelah selesai World cup pula, kelihatan rakyat Malaysia [sebab saya tak tau macamana keadaan rakyat negara lain] rata-rata mengenakan jersey Spain baik dari yang sekecil bayi sampailah ke tua. Tapi kenapa semua memilih jersey Spain? Kenapa bukan Holland atau Germany? Owh, yang menang dipuja. Lupa saya. [adakah saya masih tak mampu menerima kemenangan Spain? oh, pasti saya mampu menerimanya....right?]. Tetapi setelah selesai World cup, saya jumpa status ini pula di page Seniman Lorongan,

orang lain yang menang orang lain pulak yang gembira...
orang lain yang kalah orang lain pulak yang menderita...
ajaibnya silap mata ini hanya kerana sebutir bola...
“kata peminat bebola daging dulu-dulu”

hmm, bila fikir-fikir balik dahsyat jugak ye penangan taksub ni. sampai ada yang menderita dah macam meratap orang yang dah mati. kenapa ye jadi macam tu? ianya hanyalah sebab ramai yang terpedaya di dunia batu kaca yang bisa bikin kita sesat dan keliru. oleh sebab dunia batu kaca, my obaachan [nenek] said,

"Jaga dirimu cu, 
berilmu dengan mulia, 
mengutip mutiara di dunia batu kaca, 
bekalan untuk ke sana...."


Photobucket





Photobucket

Sunday, July 11, 2010

Depressed.....

Dear Belog...


Hari ni betul-betul rasa depressed, down, sad dan sewaktu dengannya...
Rasa macam nak cakap,

NAK JAGA HATI ORANG PUNYA PASAL TAPI HATI SENDIRI YANG JADI SAKIT....

dn, saya rasa macam saya ni ibarat apa yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran...
err, boleh ke guna peribahasa tu?

nak tau tak apa yang buat saya depress?

1. My ex-schoolmates ajak join reunion kat Genting but saya refused. Sebab fikir hari ni nak gi kenduri [di mana saya telah memaksa pengantin itu untuk jemput Afzan dengan bagi kad sekali]. Haha, sangat memaksa kan saya ni? :P

2. saya telah menolak ajakan kawan saya untuk ikut dia sekali ke KAED Gallery, UIA [tempat kenduri...] sebab janji dengan kawan lain yang kononnya nak pergi sama tapi sampai sekarang dia senyap tanpa berita [hakikatnya, ku amat2 merisaukan dia sebab lama betul tak balas mesej, sihatkah dia? atau apa yg dh jadi pada dia? hmm....]

3. Paling sedih sekali bila last-last dua-dua saya tak dapat pergi. Ada la hikmahnya tu kan :D

Sesuai kan dengan peribahasa YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN kan? hehehe :P

Tapi, takpelah... Allah nak bagi saya sedih sebab saya dah happy dah untuk semalam dan kelmarin [dapat jumpa MIRWANA and shopping mopping plus tengok ECLIPSE]. Betul la kata hamba Allah ni,

"Allah takkan bagi kita hidup kat dunia ni, seronok seronok je dan sedih sedih je. Allah akan bagi manusia seronok dan sedih ni berselang seli. Sebab Allah sayangkan kita, jadi Dia nak hamba-hambaNya sayangkan Dia jugak. Sebab Dia tau yang hamba-hambaNya akan sentiasa ingatNya bila susah......"

Jadi, lepas habis cerita kat blog Alhamdulillah, Afzan dah lega sikit. Dah jadi happy macam SPONGEBOB PURPLE Encik Yasir tu. Thank you Allah *happy*

 Left to right: Faiz, Yasir, Adi, [Hafiz, Ikram, Akmal, Along, Naim = MIRWANA], Me with Spongebob Purple En Yasir, and Amira *wink*

Moral: Afzan kene ambik lesen cepat-cepat. Nanti tak la terikat lagi dengan istilah "takde lesen" if nak pergi mana-mana.... Hehehe *flirt*

Photobucket







Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails