"Bertambahla geng ekspres..."
Pernah dengar tak dialog ni kat mane? Cuba teka. Siapa dapat teka dengan tepat akan dapat hadiah. Hadiahnya bercuti di belog masing-masing tanpa gangguan [apa hal la kecik bebenor tulisan adiah tu? owh, tak pe. sile gunakan kanta lensa pembesar].
[Sedang memerah otak apa yang mau ditulis. Tiba-tiba kedengaran bunyi "ting" beserta mentol menyala] Sebenarnya dialog di atas tu saya ambil dari satu drama yang bertajuk Tudung Ekspres. Drama itu disiarkan di Astro Prima pada hari khamis jam 9.30 malam diikuti siaran ulangannya pada hari jumaat jam 7.00 malam [kasihanla bagi mereka yang tidak ada astro, hoho]
Actually saya bukan la mau menceritakan mengenai sinopsis cerita ini tapi nak memberitahu bahawa saya amat tertarik dengan telatah serta kecomelan mereka berempat di bawah ini di dalam drama itu. Dah la nampak lagi cun bila pakai tudung. Gaya pun macam best. Suka je tengok. Colourful lak tu, tapi saya perasan si Lisa Surihani tu asyik pakai kuning je dalam drama tu [mungkinkah sebab warna tema Garnier yang berwarna kuning? Mentang-mentang la Garnier tu penaja drama tu].
Owh Em Gee.... Chanteknya mereka....
Papepun, rancangan itu menjadi antara cerita yang saya tunggu tunggu siarannya setiap minggu cumanya agak kesal saya ketinggalan episod 1. Mujur cerita itu baru episod 2. Hee~
Ini watak baru yang akan join geng ekspres. Wajah ini akan muncul selepas episod terakhir. Sekian
4 comments:
ada nampak iklan di tv hari tu..tertarik pula saya mau tengok..
:-)
sy pun tertarik sbb tgk iklan...
mcm ceria je...
bila tgk bg sy, agk best...klaka..
lepas tu sume nmpk cantik je btudung..
sejuk mata memandang :)
x sabar nak tgk episod terakhir. haha
hey shari...
watak baru tak keluar ms episod terakhir...
tp keluar SELEPAS episod terakhir..
lalalallalalala :-"
Post a Comment